Ustaz Program Realiti Yang Dituduh Ugut Mertua Akan Buat Sidang Media

Hari Jumaat lalu kita digemparkan dengan berita seorang ustaz dari program realiti yang popular mengugut mertua. Program realiti itu sgt popular di luar dan dalam negara, pasti yang sudah dapat meneka apakah program berkonsepkan agama yang melahirkan ustaz realiti  di negara kita ni.

Mengikut laporan Harian Metro 16 November ustaz itu dikatakan menghantar sms ugutan kepada keluarga mertuanya meminta wang RM 140,000. Ustaz itu mempunyai latar belakang sebagai seorang berjawatan tinggi di  sebuah syarikat petroleum di ibu negara.

Menurut keterangan adik ipar kepada ustaz itu, beliau berubah sikap selepas dikenali dalam rancangan di tv dan menyebabkan rumahtangga mereka ada masalah.  Ustaz itu meminta wang 140,000 sebagai kos sara hidup isteri dan perbelanjaan lain.

Kemuncak drama berlaku apabila ustaz itu pergi ke rumah ibu mertua di Kuantan Pahang Isnin lalu, bimbang dengan keselamatan ibunya, adik ipar ustaz berkenaan menghubungi polis sebelum situasi itu dileraikan.

Ustaz itu memberikan masa 7 hari kepada keluarga mertuanya untuk melunaskan bayaran.

Menurut Harian Metro lagi, ustaz berkenaan sudah meminta maaf kepada mertuanya dan juga anggota keluarga lain atas salah faham yg timbul.

Ramai yang meneka siapakah Ustaz popular dari program relaiti tv itu yang bekerja di syarikat petroleum di ibu negara.

Dari screen shot FB usaz berkenaan , beliau menjawab adakah benar dia ustaz yg dimasksudkan itu

“biarlah masa menentukan” tulis beliau

dan beliau akan membuat sidang media atau PC tak lama lagi begi menjawab segala persoalan dan menerangkan apa yang berlaku.

Diharapkan sidang media itu dapat membersihkan imej dan nama ustaz , laporan akhbar berkenaan nampaknya sebelah pihak saja, jadi perlu untuk ustaz berkenaan memberikan penerangan kepada orang ramai. Ustaz tu pun membawa imej dan icon kepada remaja serta masyarakat , sedikit sebanyak akan terpalit sama nama program yang popular itu. Jadi memang perlu sgt lah ada sidang media.

 

Gambar Imam Muda musim kedua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ustaz Program Realiti Yang Dituduh Ugut Mertua Akan Buat Sidang Media”

  1. Norizwan says:

    ish2…donia2 hanya semata-mata…
    Norizwan recently posted..Undian tertinggi maharaja lawak mega 2012 episod 1

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold