Tajaan Perkahwinan Apek dan Leuniey Mencecah RM300 Ribu

Semalam, Apek atau Khairul Fahmi Che Mat mengumumkan di sidang media tarikh nikah dan juga majlis respsi antara beliau dan Leuniey Natasha atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri. Selain itu Apek ada menjelaskan jumlah tajaan perkahwinan mereka sudah mencecah RM300,000 , tajaan adalah dari pelbagai pihak.

Apek mendedahkan pada bulan Oktober lalu, dia menghantar rombongan untuk melamar Leuniey. Tiada apa-apa majlis khas diadakan, sebaliknya kedua-dua belah keluarga berjumpa dan menikmati makan malam bersama-sama.

Apex dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza.

Tarikh nikah Apek dan Leuniey Natasha 28 Disember

Mengulas tentang tarikh yang dipilih untuk mereka di ijab kabul iaitu pada 28 Disember ini, jejaka berusia 23 tahun itu menjelaskan tarikh tersebut tidak membawa apa-apa maksud istimewa.

Tiga majlis resepsi perkahwinan Apek

Majlis respsi sebelah Leuniey

Sebanyak tiga majlis resepsi akan diadakan. Persandingan sebelah perempuan bakal berlangsung di hotel Renaissance, Kota Bahru Kelantan pada 30 Disember berkonsepkan Melayu kotemporari.

Majlis resepsi sebelah Apek
Manakala persandingan sebelah pihak lelaki akan dilaksanakan di kediaman Apex iaitu di Kampung Chenang Kota Bahru, Kelantan bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala kampung.

Majlis resepsi di KL
Serta sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royal Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam dengan memilih konsep English style.

sumber : Malaysian Digest

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Tajaan Perkahwinan Apek dan Leuniey Mencecah RM300 Ribu”

  1. Myzul says:

    bertuahnya jadi selebriti ni..banyak pihak nak taja diorang.
    Myzul recently posted..KADS1M hanya terhad untuk pelajar universiti

  2. Norizwan says:

    steady la apek ni…untung sabut timbul, untung batu tenggelam…
    Norizwan recently posted..Mandi bersama anak di Bukit Merah laketown Waterpark

  3. wakgelas says:

    untungla kannn.. uuHUuu
    wakgelas recently posted..PROJECT 50MM – DAY 4 (YAASIR)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold