Sinopsis Terlanjur Cinta -Slot Ratu Tv9

Sebuah drama baru di slot Ratu Tv9 akan datang 20 November ini, lakonan Raja Ema, Siti Saleha, Aqasha, Nazim Othman, Zul Ariffin, Sharifah Nadia, Meor Ariff, Miera Liyana dan Marsha Milan. Barisan pelakon ni biasa kita lihat di kaca tv, dan kemunculan istimewa Raja Ema mungkin dinanti nantikan oleh peminat yg dah lama tak lihat Raja Ema berlakon.

mari kita baca sinopsis cerita ni pulak

Sinopsis Terlanjur Cinta

Mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.

Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.

Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.

Karya Terlanjur Cinta yang mungkin bakal menjadi fenomena buat penggemar drama Melayu itu disiarkan setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.

sumber : Mstar Online

 

Lagu OST Terlanjur Cinta

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold