Remaja Kena Belasah Kerana Komen Di Facebook

Remaja yang juga pekerja salun kecantikan teruk kena belasah akibat memberikan komen negatif pada gambar yang di post oleh rakannya di facebook. Pergaduhan belasah membelasah dan cakar mencakar, tarik rambut telah berlaku di sebuah perhentian bas di Jalan Kepong Isnin lalu.

Hanya kerana komen megutuk pada sebuah gambar, kedua dua wanita dan remaja itu membawa sekali ahli keluarga dan rakan rakan untuk menyelesaikan di luar, selepas berlaku pertengkaran danĀ  persilisihan faham di laman FB itu.

 

laporan dari Kosmo

Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu berlaku ketika wanita berusia 18 tahun bersama suami, adik lelaki dan dua rakan lelakinya pergi ke tempat tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi untuk bertemu gadis berkenaan yang ditemani seorang lelaki dan empat wanita.

Gadis itu dan rakannya datang dengan menaiki tiga buah kereta jenis Proton Persona, Nissan Sunny dan Toyota Vios.

Difahamkan, suspek berang selepas mangsa dikatakan telah mengutuk gambar yang dimuat naik di laman popular tersebut sedangkan rakan-rakan lain memujinya.

Sumber memberitahu, perbincangan itu bagaimanapun gagal mencapai kata persetujuan sebelum gadis yang mendakwa dihina mangsa telah menghubungi empat lagi supaya datang ke tempat pertemuan.

ketua CID Asst Comm Datuk Ku Chin Wah berkata,

“Insiden itu sedang disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, secara sukarela menyebabkan kecederaan dan menyebabkan kerosakan,”

sumber : Kosmo dan The Star

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Remaja Kena Belasah Kerana Komen Di Facebook”

  1. akubiomed says:

    Macam-macam yang berlaku sekarang ini.
    akubiomed recently posted..Giveaway Hatiputera.com

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold