Gambar Terbaru Anak Aishwarya Rai

Setelah hampir setahun pelakon Bollywood Aishwarya Rai,39  dan Abshek Bachan menyorok dan tidak berkongsi cerita mengenai anak perempuan mereka, kini mereka sudah bersedia membawa anak mereka di tempat awam dan menjadi tumpuan ramai. Pada 16 November ini genaplah setahun umur anak mereka yg diberi nama Aaradhya Bachchan.

Aaradhya didakwa bayi yang paling popular ketika ini di India dan cucu perempuan kepada Amitab Bachchan pelakon lagenda Bollywood.

Aishwarya Rai mendukung anak perempuannya di sebuah majlis penyampaian anugerah Knight of the Order of Arts and Letters  yang diberikan kepada beliau di di Bandra Kurla pada 1 November .

Aishwarya Rai berkahwin dengan Abshek pada 2007.

apa kata aktress jelita , Aishwarya Rai

“Abhishek telah memberi saya anugerah (Aaradhya) yang paling indah dalam hidup. Saya cukup teruja menjalani kehidupan sebagai seorang ibu,” ujarnya.

Aktres tersebut turut memberitahu mereka mengalami kesukaran untuk memilih nama Aaradhya sewaktu dia dilahirkan.: “Selepas empat bulan dia dilahirkan, kami masih belum mendapat nama yang baik buatnya. Namun akhirnya kami sepakat untuk memilih Aaradhya sebagai nama bayi pertama kami.

“Aaradhya bermaksud berharga dan nama seperti ini yang memang kami idamkan selama ini.”

“Kegembiraan saya tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata kerana sebelum kelahiran Aaradhya, sudah empat tahun saya dan Abhishek meraikan Diwali berdua saja.

“Keistimewaan tetap saya rasakan apabila menyambutnya dengan suami tercinta, namun apabila mempunyai anak perasaan itu lebih istimewa dan berbeza. Diwali kali ini bukan saja istimewa buat saya dan suami, tetapi juga keluarga saya dan mentua.

“Walaupun Aaradhya bukanlah cucu sulung dalam keluarga Bachchan misalnya, dia adalah cucu pertama perempuan manakala dua cucu lagi sebelum ini adalah lelaki.
Kehadiran Aaradhya ternyata menambahkan lagi seri dalam perayaan Diwali kali ini.

“Kadangkala saya seperti mahu ketawa melihat Abhishek dan mentua saya, Amitabh Bachchan, yang lebih ‘excited’ berbanding saya sendiri dalam menyediakan kelengkapan Diwali untuk Aaradhya,” katanya gembira melalui pengalaman sebagai ibu.

Aish juga berasa gembira kerana mentuanya itu cukup mengambil berat mengenai Aaradhya dan ia dinyatakan Amitabh secara terbuka kepada umum.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Gambar Terbaru Anak Aishwarya Rai”

  1. akubiomed says:

    Mungkinkah akan menjadi aktress hebat seperti ibunya?
    akubiomed recently posted..Ke Klebang Coconut Shake selang sehari

  2. Norizwan says:

    comel betul anak dia….mcm mak dia…
    Norizwan recently posted..Rahsia awet muda nenek 70 tahun seperti 40 tahun

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold