Gambar Pierre Andre Terbaru Sejak Masuk Tabligh

Anak pelakon Khatijah Tan, Pierre Andre yang juga pengarah filem mengakui dia sudah 5 bulan berhijrah mengikuti tabligh (dalam laporan Kosmo). Seorang sahabat beliau yang mengikuti tabligh mengajaknya untuk ikut serta, pertama kali menyertai kumpulan tabligh itu dia merasa jatuh cinta.

Pengakuan dlm akhbar itu dibuat,  kerana Pierre bimbang jika perubahan dirinya menjadi fitnah dan mengelirukan orang apabila melihat perubahan dirinya dan juga ucapannya di Anugerah Skrin di tv3 tempohari.

apa kata Pierre

“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,

 

mengenai ucapan di Anugerah Skrin

“Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,”

kenapa pilih tabligh

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Adakah Pierre akan tinggalkan dunia seni

Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

 

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

 

sumber :kosmo

 

 

 

Gambar instagram Mohd Pierre Andre

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Gambar Pierre Andre Terbaru Sejak Masuk Tabligh”

  1. akubiomed says:

    Besar langkah hijrah beliau.
    akubiomed recently posted..Cabaran sebagai peserta SEO

  2. Mama Hanim says:

    Alhamdulillah.. ke arah yg lbh baik..
    Mama Hanim recently posted..Pantai Cenang Langkawi @ Cuti Cuti Langkawi

  3. Syamil says:

    ramai yg muda dan berhijrah ke jalan Allah..tp yg tua, ntah la..makin mengarut
    Syamil recently posted..Pemandu Kenderaan Malaysia Bodoh

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold