Farid Kamil Sah Menjadi Suami Diana Danielle

Hari ini hari bersejarah buat pasangan Diana Danielle Danny Beeson, 21 dan Farid Kamil Datuk Dr Zahari, 31 , mereka dinikahkan di taman Hotel Flamingo Ampang. Dengan sekali lafaz Farid Kamil sah menjadi suami kepada Diana Danielle pada jam 9.12 pagi ini.

Sudah tercapai impian Diana Danielle nak bersanding di taman dengan bunga bunga segar.

Diana mengenakan busana pengantin putih tradsional dan moden serta bertudung, Farid pula mengenakan sut putih rekaan Andy. Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Hj. Daim Jajuli yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Daerah.

Diana diiringi oleh ibunya Norsiah Ramli, manakala ibu dan bapa pihak lelaki iaitu Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid turut hadir.

Farid Kamil memberikan 5 dulang hantaran dan dibalas dengan 7 hantaran oleh Diana Danielle, wang hantaran pula ialah RM20,000, mas kahwin RM10,000.

Kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak, rakan media dan rakan artis hadir pada majlis penuh bermakna ini.

Mari kita lihat gambar pelamin dan sekitar persiapan majlis pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil.

Lagi Gambar akad nikah Farid Kamil

Gambar Farid dan Diana selepas akad nikah

busana pengantin Diana ala ala corak kain batik, klasik dan moden, rekaan Wanpa

 

 

Diana dengan busana pengantin rona putih dan bertudung

sumber : mediahiburan dan sinar harian

 

Lagi gambar dari rotikaya

Diana ditemani ibunya

 

Farid Kamil segak dengan sut putih

 

Hantaran Farid Kamil dan Diana


Lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.

Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Farid Kamil Sah Menjadi Suami Diana Danielle”

  1. akubiomed says:

    Suda sah menjadi pasangan suami isteri. Tanniah.
    akubiomed recently posted..Giveaway Hatiputera.com

  2. qishmina says:

    PESANAN BUAT FARID JAGA LAH DIANA DGN KASIH SYG KERANA DIANA SATU2 ANAK TUNGGAL DAN TELAH LAMA TIDAK MENDAPAT KASIH SYG SEORANG BAPA.

  3. diana cantik cun :-)
    Panas Giler (djchef) recently posted..DRAMA TIARA ASTRO PRIMA ALIF AZIZ & ADIRA

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold