Corat Coret Anugerah Skrin 2012 -Serabut & Kontroversi?

Anugerah Skrin 2012 adalah acara yang memberi pengiktirafan kepada pelakon dan penggiat seni dan pada rancangan tv tv di Malaysia. Malam ni sebab tak ada rancangan yang best sangat kat tv, tengok jugak lah ASK ni, tahun ni macam nak buat kelainan tema fairy tale katanya.

Bila tengok macam buat teater muzikal, mula2 tak tau siapa jadi pengacara ni, serabut sangat pulak, rupanya pengacara ASK 2012 ni Awal Ashaari, Neelofa, Dato Rahim Razali, Umie Aida jadi nenek kebayan, dan Harun Salim Bachik, lepas tu yang jadi cermin sakti, Abon kalau tak silap.

Ramai betul ye yang bercakap malam ni, Dato Rahim Razali, banyak diam je, kesian pulak asyik duduk je atas kerusi tu. Awal Ashaari yang selalu terbaik dalam pengacaraan macam tenggelam malam ni. Tu lah ramai sangat kan..ala macam rancangan Primadona kat astro tu, host sampai 4 orang, tambah ahli panel lagi lah serabut. Kalau ramai tak berkualiti buat apa.

Kalau buat macam sebelum ni kan bagus..kat sini pengacara cakap, kat sana penyampai anugerah cakap, lepas tu satu sudut lagi bagilah artis buat persembahan,  baru lah tak serabut tengok.

Banyak meleret -leret dengan lakonan dan sikit sangat lah ucapan yang dibuat oleh penerima anugerah. Tak sempat diorang nak bagi ucapan kan.

Lum Pung Hu lakon Tv terbaik (Di Telapak Kaki Bonda) harus dpuji jgk , pakaiannya sopan dan tak menjolok mata. Tak puas nak dengar ucapan dia lagi apa yang dia nak cerita mengenai drama Di Telapak Kaki Bonda, muzik dah bunyi macam nak suruh cepat habis je.

Artis melayu ramai yang bukak2 dedah sana sini, yang bukan melayu jugak pakai sopan..emmm

Persembahan artis

Persembahan Adi Putra dan Rita Rudaini , macam best jugak, bila kekadang keluar jugak loghat utara Rita tu..lawak :)

Terhibur bila keluar Didie Alias, Amyza Adnan dan Ella, walaupun Didie Alias tu lady gaga Malaysia tapi bila dia cakap, terbuka mata sikit jadi ceria tengok, tapi sampai tang neelofa dan Awal..apa benda ni diorang merepek haaa…?

Masa part Aqasha jadi Badang dan Fauziah Ghaous jadi duyung, tapi Zizan lambat sikit muncul, delay lagi ke Zizan…tak puas tengok Zizan berlawak atas pentas tu :)

Zizan kata apa kat Aqasha semalam..badan besar pun miang..huhu. Fauziah Ghaous pulak  rasa seronok kena dukung dengan badan ketak..euww!!

Kontorversi kata kata dari Rosyam Nor

Kontroversi lain yang mungkin ada yg perasaan atau yang tak perasan..ialah kata kata dari Rosyam Nor masa dia dan Erra Fazira kena sampaikan anugerah ASK 2012 mlm tadi

Rosyam Nor jadi lanun dan Erra Fazira jadi Snow White, lepas Rosyam Nor cuit pipi Erra, Erra pun bangun, Rosyam Nor kata …lebih kurang camni….kat tv3 boleh cuit2 sikit2 kalau kat TV al hijrah tak boleh cuit..what??

lepas tu teringat dulu ada kontroversi Rosyam Nor naik angin dan terasa  dengan kenyataan Mawi yang kata haram pegang tangan masa berlakon..dah lama la lupa tahun bila..

nampaknya masih sama pendapat si Rosyam ni..jaga2 jaga dengan kata kata tu ye, yang haram tetap haram walau di tv mana pun.

 

Antara ucapan Pierre Andre

Ucapan Pierre Andre malam ni nampak baik sekali, harap seiring lah dengan karya karya beliau nanti…

“Tujuan saya hari ini..saya datang ke sini..apa yang saya nak katakan
anugerah yang paling hebat adalah kalimah La ila ha illallah yang Allah
berikan pada kita letak dalam hati kita , jagalah kalimah ini carilah ia kerana itulah
kemenangan yang sebenar Allahuakbar..Assalammualaikum peace Love Allah,
Love Muhammad”

Video ucapan Pierre di ASK 2012

Gambar terbaru Pierre Andre 2012

 

Antara pemenang dalam Anugerah Skrin 2012 malam ni

Lakon Layar Terbaik (Filem): Dain Iskandar Said-Bunohan

Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Ditelapak kaki Bonda)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)

Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 26

Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH 25

Filem Terbaik – Bunohan

Pelakon Terbaik Lelaki Filem – Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Terbaik Wanita Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)

Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina/Effendee Mazlan (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: – Sherry Merlis

Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies

Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre

Drama Komedi Terbaik: Elly & Epit (Red Communication Sdn. Bhd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Corat Coret Anugerah Skrin 2012 -Serabut & Kontroversi?”

  1. akubiomed says:

    Saya sampai tertidur menonton. Apa pun tanniah kepada pemenang. Hasil usaha mereka dihargai.
    akubiomed recently posted..Sambutan Hari Lahir abang Ngah dan Baby Aslah

  2. Naim Naimi says:

    Rita Rudaini look super gorgeous malam td..and of course the awkward moment ever bila Neelofa cakap “penonton datang nak tengok saya kan” and there is no response..haha what a shame!

  3. inee says:

    gatal juga fauziah ghaous semalam, neelofa perasan lebih..baju pun tak semengah

  4. puteri says:

    Ucapan Pierre Andre terbaik la

    tapi sayang artis lain pakai baju tak cukup kain

    ada peluk peluk dukung dukung

    halal haram bercampur sekali

  5. yusri says:

    macam-macam hal dalam anugerah tu kan…yang tersurat dan tersirat…
    yusri recently posted..Hidup Adalah Anugerah Dari Allah

  6. ASK BOSAN SIOT says:

    Matlamat tidk mnghalalkan cara..klo nk mlwk pon fikir dlu jgn main lps je….
    ucapan pierre mmg trbaik!!.. bersyukur…
    walauapapun ASK2012 MMBOSANKN..
    pengacara lemau…ntah ape2,lwk xmnjadi…serabot!!!…time pemenang nk beri ucapan apsal cepat sgt muzik org blom abis ckp,mnghalau ke???
    diedie aliyas tu apsal suare die mcm mak nenek anoying….harap taun dpn buat yg trbaik…..org bg nasihat xnk dgr…huh.

  7. Al-Wardah says:

    apabila bercakap kurang ilmu agama….begitulah jadinya
    semoga mereka yang terlibat bermuhasabah diri krn yang haram tetap haram takkan jadi halalnya

  8. arjuna says:

    tema..mmg bagus..tapi dh tahap dukung2..pengacara..bebel meleret..adeh…rosak program..x payah lah..letak pengacara perasan lawa….zizan ke,johan ke afdlin or adibah noor..x de lah…ade pengacara..yg membosankan.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold