Chef Riz Mengaku Sudah Bercerai Dengan Ana Dahlia

Desas desus mengenai pergolakan rumahtangga Chef Riz dan pelakon Ana Dahlia sudah lama kedengaran, akhirnya Chef Riz mengakui dia sudah bercerai dengan Ana Dahlia selepas 11 bulan berkahwin. Melalui laporan akhbar Kosmo, Chef Riz, mengesahkan kebenaran berita yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai.

Chef Riz berkahwin pada 11 Disember 2011 dgn Ana Dahlia .

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung kepada Chef selebriti tersohor, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.

Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.

Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Chef Riz oleh adiknya sendiri, Serina.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.

Selain itu, Chef Riz juga mengakui kesibukan dirinya sebagai Chef dan Ana Dahlia pula dengan karier lakonan menjadi antara punca mereka tidak lagi bersefahaman.

Chef Riz bagaimanapun berkata dia dan Ana bercerai secara baik.

“Saya masih sayangkan Ana, jika ditakdirkan Allah selepas ini kami rujuk semula dalam tempoh tiga bulan edah, saya terima”, katanya.

Juri program MasterChef Malaysia itu juga memohon supaya tiada spekulasi negatif dibuat berhubung dengan punca penceraiannya itu.

sumber : Kosmo

Chef Wan sedih dan berharap Chef Riz dan Ana Dahlia rujuk

dalam laporan lain dari Kosmo, Chef  Wan bapa kepada Chef Riz turut bersedih dengan keputusan dibuat oleh anaknya, dia masih berharap anaknya dan bekas menantu dpt rujuk semula.

“Saya menyayangi Ana seperti anak saya sendiri. Sekiranya dalam tempoh tiga bulan tempoh idahini mereka mahu merujuk semula, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Apa pun mereka sudah bercerai. Saya harap tiada lagi sebarang spekulasi negatif dibuat tentang mereka. Mereka bercerai seperti juga orang biasa lain,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Chef Riz Mengaku Sudah Bercerai Dengan Ana Dahlia”

  1. Mama Hanim says:

    baru 11 bulan.. semoga ada jalan terbaik utk mereka..
    Mama Hanim recently posted..Chef Riz Dan Ana Dahlia Bercerai

  2. chef2 says:

    kesian si isteri, suami yang ada skandal yg kena tuduh si isteri hahahaa

  3. inee says:

    skandal dgn sape tu dgn sejenis ke nok??

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold