Anne Ngasri Bertunang Dengan Ahli Politik

Anne Ngasri 28, baru baru ini digosipkan dengan berita dia berkahwin dengan suami orang adalah tidak benar sama sekali, Anne sebenarnya telah melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli politik dari selatan tanahair iaitu Mohd Sumali Reduan berusia 40an seorang duda anak satu.

Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010 dan mereka dikurniakan tiga cahayamata, iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.

Majlis pertunangan Anne diadakan pagi semalam (Ahad) di kediaman keluarganya, Jalan Ipoh dekat sini. Dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada kedua-dua belah pihak keluarga dan pasangan itu bakal bernikah pada Disember ini.

Menurut laporan Malaysian Digest lelaki itu sebenarnya merupakan kawan dia dan kakaknya, Darling sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja. Akui Anne, mereka lebih rapat sejak sebulan yang lalu dan apabila lelaki itu melamarnya. Tidak mahu berfikir panjang, Anne berkata dia hatinya terbuka untuk menerima tunangnya itu kerana kesungguhan dan keikhlasannya.

Komen Anne

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kerana kini saya telah pun bergelar tunangan orang. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, saya akan mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan, cuma tarikh yang masih belum ditentukan lagi. Bagi saya ini bukan merupakan satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba kerana selama ini saya memang sudah bersedia untuk berkahwin. Lagipun sejak putus cinta baru-baru ini saya tidak pernah menutup hati saya dengan mana-mana lelaki.”

Sebenarnya kami sudah berkawan selama setahun, namun hubungan kami sekadar kawan biasa kerana dia juga merupakan kawan kepada Darling (kakak). Kira-kira sebulan yang lalu, baru kami rapat dan saya anggap kehadirannya dalam hidup saya tepat pada masanya. Selain itu saya melihat ada keserasian yang terjalin sepanjang kami berkawan rapat.”

Saya sedar perkara sebegitu pastinya akan timbul, namun saya meminta supaya peminat tidak salah sangka kerana apa yang berlaku itu hanya kami yang tahu. Selama ini saya enggan memberikan sebarang komen kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

Gambar Anne Ngasri dengan tunangnya Mohd Sumali Reduan

Baju tunang Anne direka oleh Ezuwan Ismail

Aliff Aziz ucap tahniah atas pertunangan Anne Ngasri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Anne Ngasri Bertunang Dengan Ahli Politik”

  1. akubiomed says:

    Nampak gaya Anne tidak dapat hendak buat pengumuman bakal suami ketika nikah nanti kerana media lebih cepat menghidu siapakah bakal suami beliau.
    akubiomed recently posted..Ke Klebang Coconut Shake selang sehari

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold