Aliff Aziz Dedah Rahsia Dia Patut Kahwin Dengan Anne Disember Ini

Penyanyi Aliff Aziz, 21  yang putus cinta dengan Anne Ngasri, 28 , membuat pengakuan berani dalam laporan mstar online dan pendedahan mengenai hal sebenar dia dan Anne patut kahwin pada Disember ini. Alahai Aliff Aziz , dah Anne tu bertunang baru nak cerita pulak. Kalau sayang bekas kekasih kenapa nak keruhkan keadaan.

Mungkin Aliff Aziz dah tak sanggup lagi menyimpan rahsia dan nak buktikan dia tak bersalah dan menjadi mangsa korban cinta kot.

Sebelum ini syarikat rakaman Sony music mengarahkan Aliff supaya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kisah putus cintanya. Kemudian Aliff dilaporkan telah jatuh sakit. Apabila ditanya adakah dia sakit akibat putus cinta, pihak sony menafikan yang hal kesihatan Alif tidak ada kena mengena dengan Anne.

Akhir bulan september Anne dan Aliff dikabarkan putus cinta dan ada gosip mengatakan Aliff dan Adira intim dalam drama  bersiri Tiara. Tetapi Aliff dan Adira , masing masing menafikan gosip yang mereka bercinta.

petikan dari mstar online:

“Ketika masih menjalinkan cinta bersama, kami merancang untuk menamatkan hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan pada Disember depan.

“Memang perancangan itu menjadi tetapi sayangnya lelaki yang dipilih Anne bukanlah saya tetapi orang lain.

“Sebelum ini, Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika jodoh kami tidak menjadi, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya,” kata Aliff.

Penyanyi kelahiran Singapura itu ditemui pada majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holliday Villa, dekat sini pada Rabu.

Tambah Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 21, dia menyangka Anne, 28, merupakan jodohnya apabila melihat kesempurnaan yang terdapat pada diri wanita itu.

Kata Aliff, cintanya terhadap Anne begitu mendalam sehingga menyebabkan hatinya terluka apabila hasrat untuk berumah tangga tidak kesampaian.

 

Jujurnya, saya tidak pernah merasai perasaan cinta yang mendalam seperti ini. Apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.

“Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana beberapa masalah kesihatan, saya juga cuba menyembuhkan hati ini.

“Luka yang terlalu mendalam ini tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon kepada-Nya supaya kesakitan yang dirasai dapat dikurangkan selain berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia seorang wanita yang cukup sempurna di mata saya,” tuturnya.

Dalam pada itu, beritahu Aliff lagi, walaupun hubungannya bersama Anne hanya mampu bertahan selama lapan bulan, namun dia tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menyayangi wanita itu.

Malah kegagalan hubungan yang dijalinkan itu dianggap sebagai tiada jodoh selain merasakan dia mungkin telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Anne tanpa sedar.

“Saya tak tahu di mana silapnya hubungan kami. Mungkin saya terlalu ramah dengan orang lain sehingga membuatkan dia (Anne) ragu-ragu terhadap kejujuran saya sehingga ia menjadi masalah kepada perhubungan kami.

“Kegagalan hubungan ini merupakan satu pengajaran yang besar dan mengingatkan saya supaya jangan mengabaikan orang yang kita sayangi kerana Tuhan boleh menarik cinta itu dengan serta merta.

“Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga terutamanya ibu bapa Anne kerana menyayangi saya seperti anak mereka sendiri dan halalkanlah makan minum saya,” ujarnya.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, telah bertunang dengan Mohd Sumali di kediaman keluarga Anne di Jalan Ipoh, dekat sini pada 11 November lalu.

Pasangan itu bersepakat untuk mengadakan majlis akad nikah di rumah keluarga [pihak lelaki di Pontian, Johor.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold