Adam dan Hawa 45 Ain Hawani Ajak Am Dating

Adam dan Hawa dah lebih separuh dah nak masuk episod ke 45..harap harap  Ain Hawani ajak Am dating dan diorang intim balik. Memang agak slow jalan cerita sebelum ni, balik balik Ain dan Am bergaduh, mungkin peminat tegar masih menanti setia drama Adam dan Hawa,   walau jalan cerita meleret2, byk pasal Johan dan Azie.  Mungkin juga ada yang dah semakin bosan dengan jalan cerita yang diulang dan diflashback babak babak yang dah ada. Apa nak buat pengarah dah nak macam tu.

Biasalah  pengarah nak panjangkan jalan cerita lagi bagi cukup 80 episod dan banyak pulak cerita pasal Azie dan Johan yang tak habis habis. Azie yang dulu kawan baik Ain tetiba jadi perampas..haha!! nampaknya Azie dah tak pedulikan Ain dan mula memikirkan pasal diri dia  saja.

Monolog Ain yang dah tak berkesan

Geram juga dengan Ain Hawani yang duk monolog cakap sendiri, dia cakap sorang2 dengan tedy bear dia macam dia dah menyesal sangat bila dia buat kat Am, dia kesiankan Am , tapi bila dia dengar suara Am atau jumpa dia bergaduh…adoii!! Ain Hawani.. hang sakit jiwa ke apa? duk monolog dengan anak patung pastu macam orag sakit mental la pulak. Pengarah kena kaji la watak Ain ..seorang pensyarah yang bijak di kelas tapi di rumah dia umpama remaja yang blur dan keliru lagi.  Apa kata Ain.. hang dgr lah nasihat eja (adik yang masih sekolah tu..lagi bijak), dan dgr lah nasihat mak di kampung tu supaya terima Am kan bagus…dari duk seksa jiwa.. :)

 

Babak flash back tak payah lah nak ulang ulang sgt, dah tengok nanti penonton naik bosan. Naik penat ..balik balik skrip Ain duk menyesal kenapa dia buat macam tu kat Am, lepas tu duk nafi dia isteri Am, skrip pun tak berapa nak menyengat dah..pi mai pi mai tang tu je…semakin hambar dah takda ummph!!

Episod 45

Dari promo di Astro, Ain Hawani dah mula ajak Adam Mukhriz keluar dating, selepas Ain tahu Johan curang (amboi Ain.. lagu tu perangai..dah kena tinggal dgn Johan baru cari Am..hahaha!!)

dan nampak gaya Am pulak buat2 jual mahal tak mau keluar dating dengan Ain… emm nak panjangkan lagi episod la tu..asik bergaduh je.

Apakah jadi dengan Azie dan Johan, macam mana ye depa nak berdepan dengan Ain selepas kantoi tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Adam dan Hawa 45 Ain Hawani Ajak Am Dating”

  1. puteri says:

    jangan jadi cam Bicara Hati dan drama Sembilu sudah le..membosankan aje..asyik bertengkar.. nasib baik Aaron Aziz ada

  2. ita 78 says:

    saya pun tak suka le ain hawani ni ego memanjang, bila Johan tak nak kat dia mulalah hegeh hegeh cari am eeee

  3. ZAS says:

    hmmm… sya dah stop mengikuti cite ni sebab dah jadi teramat bosan dengan jalan ceritanya yang mengudang sakit hati tengok kerenah Hawa. permulaannya cerita ni memang menarik, tetapi makin lama makin mengarut!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold