Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 musim kedua, kini kembali, jika musim pertama Osbon menjadi juara dengan membawa pulang wang RM350,000 kali ini Maharaja Lawak Mega menawarkan hadiah yang lebih lumayan iaitu RM500,000 (setengah juta). MLM musim kedua tidak ada peserta solo, semua berkumpulan.

Maharaja Lawak Mega 2012 akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula 16 November in.

Senarai peserta MLM musim kedua, sudah ada 10 peserta dan 1 lagi kumpulan akan dipilih oleh juri profesional (kerusi panas) bagi melengkapi 11 peserta MLM 2012.

1. Sabon (Sathia dan Abon)

2. Jozan (Johan dan Zizan)

3. Boboi ( Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki dan Nabil)

4.Jambu (Tauke dan Yus)

5. Shiro (Shahrol dan Ajak)

6.R2 (Rahim dan Wan Lopez)

7.Pi mai (imuda dan Mat over)

8.The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman) dari Indonesia

9.Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)  Indonesia

10. Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin)  Singapura

Jika tahun sudah Ifa Raziah masuk kumpulan dari Singapura, kali ni A r Badul pulak mewakili Singapura. Nabil tidak masuk sebagai pelawak solo kerana masih belum bersedia berlawak solo, jadi beliau masuk kumpulan Boboi.

Sepahtu pulak tidak sertai kerana ketiadaan Mamat dan masih berasa janggal berlawak hanya berdua saja.

Osbon ditukar menjadi Sabun, yang mana Sathia tidak sertai kumpulan Pi Mai tetapi berdua dengan Abon.

Paling menarik dan bakal memberi saingan sengit dan hebat ialah dengan kemasukan Jozan, saya rasa kumpulan ni paling dinanti-nantikan sekali :). Mungkin akan memberi saingan hebat untuk Boboi.

Kerusi panas

Kumpulan yang perlu berentap untuk kerusi panas ialah : Balas, Mamu dan Kecik. Agak2 kumpulan mana kah akan dipilih ye?

 

Juri MLM musim kedua

Belum diumumkan lagi, tetapi semua barisan juri adalah mereka yang terlibat juga dalam dunia komedi. Siapa agaknya ye. Chef Wan dah takde lah ye.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2012”

  1. iAwani says:

    saya paling minat Jozan. Lawak mereka bersahaja berbanding Osbon.
    iAwani recently posted..Asus Perkenalkan ZenBook Model 14 Inci Dan Dua ZenBook 15 Inci

  2. akubiomed says:

    Harap MLM 2012 lebih menyegat dari musim 2011. Promo iklan bukan main lagi hebatnya.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Kusyuk baca

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold