Randy Pangalila Lepas Rindu Pada Kekasih Melalui Skype

Pelakon dari seberang, Randy Pangalila kini terbabit dalam banyak drama arahan Michael Ang, jadi banyak masa dihabiskan di Malaysia, sebelum ini Randy digandingkan dengan Elfira Loy dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, dan Randy juga membintangi filem arahan pengarah yang sama dalam KL Meroyan dan Darah Daging. Randy dan Elfira Loy digosipkan bercinta mungkin kerana kelihatan rapat dan mesra dalam drama, tetapi Randy menafikan yang dia dan Elfira bercinta. Randy, 22, telah pun mengaku dia sudah ada kekasih di Indonesia, iaitu Michella Putri, 19 salah seorang pelakon dalam drama bersiri Nada Cinta. Usia hubungan cinta mereka sudah masuk 2 tahun.

Michella Putri berbaju biru

Sudah sebulan Randy tidak bertemu kekasihnya tu, hanya Skype menjadi perantara dia melepaskan rindu kepada kekasih hati.

“Tidak dinafikan saya rindu sama dia namun kami sama-sama mengerti dengan kesibukan ini dan hanya berhubung melalui Skype.”

Randy sasarkan 3 tahun lagi untuk kahwin

“Kami memang serius dalam hubungan ini namun untuk ke tahap seterusnya, kami serahkan segalanya pada Tuhan. Saya sendiri sasar dalam tiga tahun lagi untuk berkahwin.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Randy Pangalila Lepas Rindu Pada Kekasih Melalui Skype”

  1. Hanisah Jeh! says:

    Like THIS!!Terbaik! Randy sesuai ngn Chella bukan nye Elfira gedik atau Mikha Payong nebeng!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold