Raja Ema Kembali Berlakon Dalam Bukan Untuk Aku di Tv9

Raja Ema yang dah lama menyepi dari dunia hiburan mengakui dia rindu untuk berlakon semula. Raja Ema menerima tawaran Erma Fatima untuk berlakon dalam sebuah drama bersiri 13 episod di tv9 bertajuk Bukan Untuk Aku. Antara pelakon lain yang turut sama berlakon ialah Nazim Othman, Siti Saleha, Marsha Londoh dan Rizuan Hshim.

Raja Ema akan memegang watak Puan Sri Atilia isteri kepada Ridzuan Hashim dalam drama tu nanti.

Antara babak lakonan Raja Ema dan Siti Saleha

 

Raja Ema kekok berlakon semula

Sebelum ini saya pernah berlakon dalam sitkom tapi ia kali pertama saya bawa watak ibu yang garang dalam drama yang berat ini. Saya akui memang berasa kekok bila di lokasi penggambaran yang sudah lama ditinggalkan.

“Bagaimanapun, pengarah muda seperti Pali, Aqasha dan bintang baru yang juga watak utama dalam cerita ini Siti Saleha juga memberi kerjasama yang baik dan saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan mereka. Status saya sendiri sebagai ibu kepada dua anak remaja sedikit sebanyak membantu saya menjiwai watak ibu dalam cerita ini.

Walaupun anak-anak dan keluarga mengizinkan saya kembali berlakon tetapi saya tidak mahu membuat perubahan yang terlalu drastik atau kerana anak-anak cukup rapat dengan saya. Anak saya yang nombor dua, Ehsan tidak pernah berenggang dengan saya di rumah.

“Saya juga ingin berlakon secara sambilan dan drama ini sebagai ‘warm up’ dalam bidang seni. Buat masa ini, saya juga terima tawaran berlakon sekitar Kuala Lumpur dulu kerana tidak ingin berenggang dengan anak-anak.

“Sebelum ke lokasi, saya pastikan semua keperluan anak-anak sudah dipenuhi terlebih dulu termasuk urusan makan dan minum mereka atau mengambil mereka dari sekolah atau keluar makan dengan mereka,”

 

GAMBAR terbaru Raja Ema hiasi Majalah Nona

Raja Ema akui suntik vitamin C

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Raja Ema Kembali Berlakon Dalam Bukan Untuk Aku di Tv9”

  1. Izuani says:

    Rindu nak dengar suara dan lakonan Raja Ema
    Izuani recently posted..Step In the Best Salon and Find the New Gorgeous You

  2. iAwani says:

    Raja Ema ni penyanyi fevret saya ketika bersekolah rendah. Zaman awal 90-an lagi masa tu.
    iAwani recently posted..Samsung Galaxy S3 Mini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold