Perkahwinan Termahal Janet Jackson dan Jutawan Timur Tengah

Adik kepada Michael Jackson, Janet Jackson bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang jutawan dari Timur Tengah tahun 2013, Jutawan Wisam Al Mana 36, dan Janet 46, sudah hampir 2 tahun menjalinkan hubungan cinta, dan merancang untuk berkahwin di Doha Qatar, kos perkahwinan mereka dianggarkan mencecah USD20 juta atau lebih RM 60 juta.

Jutawan Wisam juga akan memberikan cenderamata berbentuk jam tangan Rolex berharga USD 10 Ribu untuk tetamu khas yang hadir.

Janet Jackson tidak pentingkan perbezaan umur.

“Ibu saya selalu menasihatkan supaya percaya bahwa usia hanyalah angka. Begitu juga dengan adik beradik serta ahli keluarga saya yang lain,” ujar selebriti berusia 46 tahun itu.

Manakala dalam satu laporan berasingan menyebut, Wissam mahukan mengadakan majlis besar-besaran apabila berkahwin dengan buah hatinya itu. Dan mahu menjadikan perkahwinan mereka sebagai satu sejarah abad ini.

Wisam al Mana dan adik beradiknya menguruskan perniagaan warisan keluarganya Al Mana Group dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, perkhidmatan komputer, perniagaan antarabangsa, automotif, dan fesyen. Wisam sendiri seorang pengurus di Al Mana’s fashion.

****************

Fuh…kaya giler la jutawan arab ni, macam Dodi al Fayed jugak, ada Harrods , Wisam ni lebih kurang tu jugak la ni, siap bagi jam tangan mahal kat tetamu, hai..dah kaya tak tau nak buat apa dengan duit, tidur pun atas duit…tabur tabur je la kan..duit kat orang yang datang nanti kenduri dia tu huhu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Perkahwinan Termahal Janet Jackson dan Jutawan Timur Tengah”

  1. akubiomed says:

    Akhirnya adik mendiang Micheal Jackson melangsungkan perkahwinan.
    akubiomed recently posted..Baby Aslah masuk Peraduan Si Comel

  2. iAwani says:

    sudah lama benar Janet ni membujang. Sekarang ni pun nampaknya dia sudah kurang aktif menyanyi. Tidak seperti dulu.
    iAwani recently posted..Apple Kedua Di Best Global Brands 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold