Nama Emma Maembong Antara 10 Carian Tertinggi Google

Emma  Maembong antara artis baru yang cepat namanya melonjak naik, dia mulai dikenali dalam drama Kau Yang Terindah, dengan wajah yang cute (kacukan melayu Scottish) ramai yang nak tau siapa Emma Maembong. Lakonan dia yang banyak menangis dalam drama itu juga memperlihatkan Emma boleh pergi jauh dalam dunia senilakon. 

Bukan saja berbakat dalam lakonan namun dia berdarah seni, ayahnya seorang pelukis terkenal negara juga. Emma juga boleh melukis macam ayahnya.

Nama Emma telah tersenarai dalam 10 carian paling popular di Google  iaitu pada 21-27 bulan September, namanya kerap dicari selepas gambar dia memakai tudung tersebar. Tapi untuk bulan 10 ni , rasanya nama Emma masih lagi dicari, apabila timbul pula kontroversi gambar Emma dan teman lelakinya bercumbu. 

Antara carian popular Google 21-27 September

Tempat pertama ialah Shila Amzah Asian Wave   :)

Selepas gambar panas tu tersebar Emma mengakui dia tertekan dan menangis kerana tidak menyangka gambar lama itu telah disebarkan oleh pihak tertentu. Hanya dia dan rakan terdekat saja menyimpan gambar semasa dia berumur 16 tahun.

Apa kata Emma,

Gambar-gambar tersebut dirakam ketika percutian bersama keluarga dan teman-teman, termasuk teman lelakinya beberapa tahun dulu. Dan lelaki bercermin mata besar yang berpakaian merah sedondon dengannya ialah adik kandungnya.

“Sedih sgt dgn org2 skng. Lain yg emma ckp lain yg di tulis. Tp tak apa. Pasal gamba2 tu mmg la salah emma sbb ambik gamba mcm tu, tp tu masa budak2 bukannya ema ada otak sgt pon masa tu, dlm hidup kita masing2 ada kisah silam dan sejarah hidup pahit dan manis yg kita xblh padam tp ambik tu semua sebagai ajaran.

Masa zaman remaja apa kita buat semua xfikir guna otak asalkan kita puas hati dgn apa yg…kita buat xfikir pon pasal org lain. tp bila dah besar baru la kita mula berfikir mana salah mana betul. jadi ema mintak maaf pasal semua tu. semua manusia ada salah yg diorg buat xdpt di padam tp sama2 la kita kasi peluang dan tolong mereka berubah, bukan dgn cara mengata, mengutuk dan menghina.

ema manusia biasa sama je mcm korang semua. ema xpenah mengaku diri ema ni artis atau model atau apa2 pon. Bagi ema kita semua ni sama je level yg sama. sbb tu ema layan korang semua mcm kawan ema. Sapa nk kawn dgn ema,ema ok je sapa yg xsuka ema. Ema mintak maaf dan ampun kalau ada buat salah. May allah bless us. Salam :’)

sumber : gua.com.my

komen Emma di murai com.my

“Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium serta berpeluk sahaja. Tiada apa yang perlu diperbesarkan.

“Malah saya berpeluk dan bercium dengan seorang lelaki yang sama iaitu kekasih saya sahaja. Saya dan kekasih saya sudah berkawan sejak dari sekolah lagi, namun kami sudah pun menjalinkan hubungan cinta yang serius sejak dua tahun yang lalu.

“Lagipun kini saya sudah berubah dan telah pun cuba berubah dengan tidak lagi memakai pakaian seksi serta tidak beraksi seperti di dalam foto itu lagi. Hukumlah diri saya sekarang, bukan hukum kisah silam saya,”

 

Nantikan pula drama lakonan Emma dalam Rindu Rania, dia berlakon dengan Karl Shafek, Erry Putra, tak lama lagi….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Nama Emma Maembong Antara 10 Carian Tertinggi Google”

  1. Mama Hanim says:

    memang femes nama dia skang ni kan. boleh kata setiap hari ada cer dlm paper..huhu..
    Mama Hanim recently posted..Siasatan Syarikat Genneva Malaysia Akan Dipercepatkan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold