Maya Karin Nafi Bercinta Dengan Pemilik Lotus

Baru baru ini heboh apabila ada peminat nampak Maya Karin makan malam bersama Remy Ishak sebelum berlepas ke Nepal mendaki gunung. Maya Karin dan Remy menafikan yang mereka ada hubungan serius tetapi hanya berjumpa sebagai kawan. Belum reda lagiĀ  gosip pasal diorang bercinta, ada pulak gambar Maya Karin di garaj Lotus di Singapura ketika menyaksikan Formula One di sana.

Sekali lagi timbul gosip yang mengatakan Maya Karin bercinta dengan pemilik Lotus, kerana garaj tu bukan calang-calang orang boleh masuk hanya orang tertentu sahaja..

apa kata Maya Karin mengenai gosip tersebut..

“Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ.

“Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan,”

disebabkan dirinya kini solo, dia tidak hanya akan berada di Kuala Lumpur dan menunggu jodoh.

Sebaliknya, dia akan melancong ke serata dunia untuk membuat perkara-perkara yang digemarinya.

Dia juga tidak menolak kemungkinan akan bertemu sesiapa sahaja jejaka yang mungkin jodohnya ketika melancong itu.

“Dalam masa dua tiga tahun ini kalau saya jumpa sesiapa semasa melancong itu mana tahu.

“Saya tidak letak sasaran umur berapa untuk berkahwin lagi biarlah ia berlaku secara semulajadi,”

 

sumber :Kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Maya Karin Nafi Bercinta Dengan Pemilik Lotus”

  1. akubiomed says:

    Untung menjadi orang terkenal dapat masuk tempat eksklusif.
    akubiomed recently posted..Zulfahmi Khairuddin raih no 2 perlumbaan Moto3

  2. iAwani says:

    mana tahu, Maya bertemu bakal suami yang jauh lebih muda daripadanya. Biarlah yang beragama supaya dapat membimbing beliau.
    iAwani recently posted..Nexus 10 Dikenali Sebagai Manta

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold