Masterchef Malaysia Musim 2 Banyak Drama dan Mulut Longkang

Kak..kak tengok tak Masterchef Malaysia musim 2 , diorang kena masak kat 600 orang kat sekolah asrama..? tanya saya kat kakak saya le..

ntah tak tengok pun..jawab dia

awat? tanya saya balik..

meluat.. jawab dia pendek,

aik meluat..selalu suka je..(pikir dlm hati)

emm selepas tengok beberapa episod,  dan masuk hari ni, memang padanlah kakak saya tu cakap meluat..dia tak suka peserta-peserta yang dalam Masterchef musim 2 ni yang mulut serupa longkang. Komen kebanyakan peserta semua memperlekehkan peserta lain. Ada juga peserta yang mulut sopan dan baik..macam Izyan, Ilaika, Hafiz.

Antara yang mulut lazer dan komen pedas dan kesat membuatkan penonton tak suka..ialah Dean yang nampak berlagak, Atiqah yang dikatakan gedik, dan dia sudah terkeluar malam tadi. Joharis..yang penah nak penampaq Che Lah..dan jugak kata tua kat Rosemah..

Emm mungkin masterchef musim 2 dipengaruhi oleh Masterchef Selebriti yang ada drama macam Azwan Ali, tapi rasanya yang kali ni lagi teruk lagi dari Masterchef Selebriti.

Peserta memang pandai bercakap dan komen jujur tetapi kenapa perlu nak memperlekeh dan macam nak bergaduh saja, kalau tugasan dalam berkumpulan kenapa ada rasa tak puas hati dan saling nak menyalahkan satu sama lain. Tak ada semangat berpasukan.

Memang jauh berbeza dengan musim pertama dulu. Semangat setia kawan dan saling hormat tu tak ada dalam musim ke 2 ni. Apa yang banyak hanya tikam menikam, hina menghina, perkataan kesat, macam nak tumbuk, nak tampar..apa dah jadi ni?

Patutnya pihak Astro tapis lah sikit komen yang ada perkataan tak elok tu..program ni tayangan umum, budak pun tengok. Malulah bila orang dewasa bertekak dalam tu. Jangan hanya seronok sendiri je.

Program ni kalau ada drama tu agak meriah tapi tak sangka pulak kali ni drama dia berlebih lebih sangat sampai meluat nak tengok.

Agak agaklah, kalau  peserta macam Dean, Joharis tu menang..boleh ke jadi jurucakap dan icon masterchef Malaysia?

Pesanan Dato Fazley

Dato Fazley selaku chef jemputan ada bagi nasihat kepada peserta, mungkin dia pun tengok Masterchef Malaysia lain macam musim kali ni..antara pesanan beliau…

“jaga emosi, jaga hubungan dgn rakan rakan, masak bukan utk menunjuk”

 

Izyan ensiklopedia bergerak.

Apa apa pun peserta bernama Izyan antara yang menyerlah dan dikatakan ensiklopedia bergerak sebab dia dapat meneka 15 jenis kacang/bijirin dengan tepat..nampak macam dia je nak jadi juara. Hafiz dan Ammar pun mungkin jugak boleh jd juara…

 

Antara komen penonton dan reaksi mereka mengenai Masterchef  Malaysia yang semakin buruk ni

Masterchef malaysia musim ke 2 pnuh dgn drama.ini bkn masterchef da tp masterdrama! Plz la jgn nk malukn dri sndiri n plz respect each others n be professional.

MASTERCHEF MERUPAKAN RANCANGAN YANG DIMINATI RAMAI. TAPI DENGAN ADANYA KOMEN YANG LEBIH KEPADA PERIBADI OLEH PESERTA MASTERCHEF MENJADIKAN PENONTON RASA TAK BERPUAS HATI. PIHAK PENGANJUR BERILAH SEDIKIT TIPS2 BAGAIMANA UNTUK MENJAGA TINGKAHLAKU DAN MORAL AGAR TIDAK DIKECAM OLEH ORANG LUAR. SAYA SYORKAN ADAKAN KELAS SIVIK ATAU MORAL UNTUK PESERTA

Nak beri pendapat untuk episode kali ini…….7 October……..
First once again , ini cooking compettion and please do respect your competitors. Takkan kalian tak tahu ape yang kalian komen akan disiarkan kat Tv..terutama sekali Dean, Fizuan and Hafiz.
Dean, tolonglah hormat kepada peserta lain terutama sekali yang lebih tua. walau mcm mane pown perangai mereka, gedik ke ape……….just senyum je, tak payah nak komen ape2……Contoh…….kalo mak kita yang menjerit or do something yg memalukan, tak kan kita nak kutu kan…..mungkin anda ni tak belajar tinggi and tak tahu adab kot

 

apesal episod kali ni byk mulut puaka? Orang M’sia terkenal dengan lemah-lembutnya. Tak manis untuk tontonan anak-anak especially kepada isteri saya yang sedang mengandungkan anak pertama. Mohon dapat berikan motivasi kepada mereka. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Masterchef Malaysia Musim 2 Banyak Drama dan Mulut Longkang”

  1. perghh .. apesal mulut longkang sangat? bajet femes lettew .. baru memasak je ponn .. menangnye tak jugakk .. hihi .. btw, salam kenal .. :)
    broblogger.net recently posted..Kenyataan Abby Abadi Kata Nabi Tidak Maafkan Musuh

  2. yas says:

    Dah berapa minggu x sempat gak nk tgk….sebabnya? Org rumah x nak layan daa…..hehehe- patut la pun…mungkin sebab ni kot.
    yas recently posted..Gambar Nissan GTR dan Skyline Terlibat Kemalangan Maut

  3. menyampah says:

    Dah x tgk lagi, mula2 mcm best lps tgk kali k2, mls nak tgk entah apa2 je x best lagi…..

  4. aDisH sHidA says:

    erm….ye betul tu…dorang nie terlalu over bajet dah pemes la kot…
    shida pun dok nampak izyan yg akan jadi juara..dia low profile tp hebat orang nya..x sabar nak tgok malam nie dia lawan dengan chef mana

  5. penonton says:

    setuju sangat..mastercef 2 ni bnyk yg dengki mendengki lah..lebih2 la c pengusha homestay tu..c dean..ya Tuhan punya lah longkang mlut..cth kn..masa c ah hong dpt mnang tme diorg tkar bakul tu..ahhong dpt plih bhn n dpt masa 5 mnit lbih,n jari ah hong luka..ade ke dia ptt dia hpy ssgat..n lg satu.mse c izyan tu dpt pin kebal..die kata x lyak..hbis yg dier layak sngat ke..x ckup nak pg buang je pin kbal kat pintu…sy sbnarnye x sbar nak dier yg tercmpak kat pintu tu nnti..rase diri tu bagus sangat…

  6. Rizq says:

    Tgk pun sebab Etiqa. Nak harapkan Che Lah memang tak blh blah..

  7. ed says:

    la..korang ni suma dh termakan taktik ASTRO sbnrnya.Mmg itu cara dorang nk me LAKU kan program diorang ni!
    Logiknya..susah nk cari peserta realiti TV yg nk mnnjuk keburukan sdri dpn TV wlpon byk kburukannya hehe..

    Pendek kata,,smua tu LAKONAN..n x amek port sgt..Stkt tgk tu ada hehe..Peace

    • ed says:

      kalau ASTRO nk buat sterotaip… Arah WAJIBKAN smua pljar alim..ckp lembut mcm siti..sopan santun…hurm aku rasa aku tgk sambil tido kot..n tukar MASTERCHEf jadi Ulamachef haha

      • mun says:

        Masterchef 1 ok je, sapelah pulak nak suruh diorang tu jadi alim ulamak..apa salah cakap budi bahasa sikit, tak perlu nak maki maki orang. Program di tontonan semua anak pun tgk..
        kalau bagi contoh x baik camtu bagus ke??
        aku dah lama tak tengok masterchef la, aku tak termakan dengan taktik astro tu..hahahah!! peace yo!

      • De says:

        Season 1 ok je bro? Best je tgk. Ni apa hal ulamakchef apa benda ko merepek plak ni

  8. husna says:

    peserta masterchef malaysia 2…ada yg dendam mendendam x sepakat…mementing kan diri sendiri..

  9. Shyra says:

    Silap besar mereke tunjuk perangai yang tak elok tu kat kaca tv. Bila dah habis Masterchef ni, ingat pandangan buruk orang ramai dekat diorang pun terhenti jugak ke? Alam pekerjaan menanti. Tunggu je la ;)

  10. eilla says:

    yahoo….mmg patut peserta M..CHEF nie kna kutuk.x ada profesional lansung. dok mengata org tp dr sndr masak hampah,,,aku rase di org nk cr publisiti murahan..malulah org tgk kau..nti kau terkeluar.kau tgk ape geng2 kau kutuk..hahhaha..

  11. zaki says:

    Masterchef musim 2 best giler. Saya suka, suka, suka.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold