Gambar Terbaru Raja Ema Hiasi Majalah Nona

Ohh..sayang engkaulah jejaka idaman..ingat lagi lagu Jejaka Idaman nyanyian Raja Ema ni..dah lama dia menyepi sejak kahwin dulu, kini Raja Ema kembali lagi, wajahnya pun dah lain sangat, memang tak kenal kalau tak tulis tu Raja Ema. Gambar dia kelihatan jelita dengan solekan , mesti ada cerita menarik dalam majalah Nona mengenai Raja Ema ni. Kalau nak tau kena beli le :).  Umur dia pun dah 43 tahun, tapi katanya nak buat comeback

nak berlakon semula , nantikan drama bersiri Bukan Untuk Aku di tv9, raja Ema berlakon dgn Siti Saleha.

Gambar Raja Ema cover Majalah Nona(keluaran November 2012)

Gambar cover majalah mesti nampak lagi smooth, fuhh!!

Raja Ema pernah berkahwin dengan Sheqal dan mempunyai 2 orang anak lelaki Putera Ammar dan Putera Ehsan, yang kini berumur 18 dan 16 tahun..sudah remaja anak dia kan..dulu menyepi sebab nak jaga anak kecik..sekarang dah besar anaknya , teringin nak kembali ke dunia seni pulak lah ye.

Filem lakonan Raja Ema

Cikgu Romantik, Pernikahan Berdarah, Tarik-Tarik, Sahabat, Queen Control, Boss, Sejati, Antara Dua Hati, Mawar Merah dan Sayang.

Pernah menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-8 (FFM8) dan Bintang Harapan Wanita Terbaik pada FFM7.

 

Raja Ema mengaku suntik vitamin c dan menjaga kencantikan

Raja Ema mengakui dia sangat mementingkan aspek kecantikan luaran dan dalaman, sejak dulu tapi enggan jawab bila ditanya adakah dia ada gunakan botoks

“Maaf, saya tak dapat komen mengenai isu penggunaan botoks tapi saya mengaku memang ada berjumpa doktor dan mengambil suntikan vitamin C dan produk berkaitan untuk mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh. Selain itu, saya memang menjaga pemakanan seimbang, senaman dan mengambil produk yang sesuai untuk mendapatkan berat badan idaman dengan nasihat doktor,”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Terbaru Raja Ema Hiasi Majalah Nona”

  1. Ajumohit says:

    memang berlainan betul penampilan baru raja ema ni
    Ajumohit recently posted..7 Tips Kesihatan Untuk Wanita 30an

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold