Farid Kamil Sertai Polis Sukarelawan

Pelakon Lagenda Budak Setan, Farid Kamil membuat keputusan untuk membabitkan diri sebagai polis sukarelawan kerana mahu berkhidmat kepada masyarakat dan bukannya meraih publisiti. Kesedarannya untuk turut serta dalam Pasukan Sukarelawan Polis (PVR)  timbul setelah membaca mengenai nisbah

tidak seimbang 111,000 polis mengawal keselamatan 28 juta penduduk di negara ini.

Farid akan menempuh latihan lasak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani menghadapi pelbagai risiko dalam apa juga keadaan.

Katanya, sebelum ini beliau mengetahui mengenai PVR ketika bekerjasama dengan polis bagi menjayakan filem terbaru arahannya, PER3.

Sejak itu, dia mula mempunyai ramai kenalan dari kalangan anggota polis yang turut mencadangkan saya untuk menyertai PVR. Selepas itu, minat itu timbul sedikit demi sedikit.

Selain itu, kata-kata seorang anggota polis bahawa saya harus menjadi contoh kepada belia yang lain membuatkan saya lebih bersemangat.

sumber : Berita Harian

Gambar Farid Kamil isi borang sertai polis sukarelawan

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Farid Kamil Sertai Polis Sukarelawan”

  1. akubiomed says:

    Boleh tarik peminat turut sama menyertai polis sukarelawan.
    akubiomed recently posted..Zulfahmi Khairuddin raih no 2 perlumbaan Moto3

  2. iAwani says:

    komitmen Farid Kamil menyertai pasukan polis sukarelawan pasti akan menarik minat anak-anak muda untuk masuk ke dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
    iAwani recently posted..Nexus 10 Dikenali Sebagai Manta

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold