Farid Kamil dan Diana Danielle Nikah 3 November

Pelakon Farid Kamil, 31, mengumumkan dia dan Diana Danielle, 21 akan berkahwin pada 3 November nanti, majlis resepsi pula akan diadakan pada 21 November. Pengumuman secara tergempar itu dibuat ketika berlangsungnya majlis tayangan media filem terbaru arahan serta lakonannya, Pe3, di TGV Sunway Pyramid semalam.

Melalui laman web hiburan gua.com.my, Farid dan Diana akan  mengadakan majlis pernikahan mereka di sebuah tasik dan taman di Hotel Flamingo, Ampang.

Farid berkata, dengan keizinan kedua belah pihak keluarga, dia mengumumkan tarikh nikah pada 3 November kepada pihak media.

“Setelah mendapat restu dari kedua ibu bapa saya, saya memilih untuk mengumumkan serta berkongsi mengenai perkara ini kepada semua. Mungkin ramai yang terkejut dengan pengumuman ini namun tidak ada apa yang perlu dikejutkan kerana saya memang memilih tarikh tayangan Pe3 ini untuk umumkan perkara yang baik,”

persiapan perkahwinan telahpun kami lakukan sedikit demi sedikit. InsyaAllah pada tarikh itu nanti semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat,”

Majlis resepsi Diana pula akan berlangsung pada ulang tahun kelahiran Diana yang ke-21 iaitu pada 21 November ini manakala majlis di sebelah Farid pula akan diadakan pada bulan Disember depan.

Tahniah Diana danFarid :) sweet couple.

Gambar Diana masa kenduri adik Farid Kamil

 

p/s: tahun ni adik Farid Kamil dah pun mendirikan rumah tangga, kini giliran Farid pula ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Farid Kamil dan Diana Danielle Nikah 3 November”

  1. akubiomed says:

    Tak sangka begitu singkat pertunangan. Tanniah.
    akubiomed recently posted..Kawasaki Ninja 250 serba baharu

  2. Sharon says:

    Semoga berbahagia hingga akhir hayat mereka

  3. Juan says:

    tahniah buat mereka
    Juan recently posted..Pendapatan Blog Melalui Advertorial

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold