Drama Adam & Hawa Semakin Hari Semakin Panas

Rasanya tak dapat disangkal lagi dengan fenomena drama Adam dan Hawa yang melanda sekarang :) macam demam tak kebah kebah semakin hari semakin panas. Walaupun ada yang tak sempat nak menonton di Astro 134 sebab tak ada saluran tu (macam saya) , macam para student yang berada di hostel atau di rumah sewa…kekangan macam tu langsung tak jadi masalah apabila dah tersuka dengan drama Adam dan Hawa. Peminat tegar Aaron Aziz pasti akan mencari drama ini

Mekasihlah pada yang rajin duk muatnaik tu.. :) saya takleh lah nak share sini link dia nanti astrok marah lak..jadi pandai2 lah ye cari.

Novel Adam Hawa yang dah lama ditulis dan diulang cetak lagi kerana sambutan yang memberangsangkan. Mungkin ada yang tak pernah tonton lagi drama ni..kemudian dengar dengar kata kawan kawan, diorang pulak duk buat review di opis, lepas tu  blogger blogger semua pakat  review pasal drama Adam Hawa ni di internet..semuanya memberikan gambaran yang best pasal cerita ni…dari tak tengok rasa nak tengok sangat2 kan..kan?   :)

Walaupun saya tak sempat tengok beberapa hari ni, tapi masih lagi boleh tgk secara online.

Semasa Ain Hawani di Australia saya tak berapa nak tengok sangat sebabnya takda Adam Mukhriz, yang ada cuma Johan..jadi tunggu dulu, sampailah episod 24 25 26 barulah Ain Hawani balik Malaysia dan bekerja sebagai pensyarah. Lepas ni akan kerap lah Ain Hawani jumpa Adam.

 

Episod 24 ,25 paling saya nanti nantikan sebab Adam dan Hawa bertemu kembali di kota suci Mekah, selepas tak bersua muka sejak ditangkap khalwat tu. Best episod ni sebab  ada  perasaan kekok mereka sebab lama tak bertemu. Ain lakonan Nadiya Nissa yang paling mantop, berjaya membawa watak Ain yang semakin dewasa, ego dia pun masih lagi tebal. Ketegaq dia pun masih tebal dan tak makan pujuk…cian Adam.

Babak ni saya suka,  semasa kat Mekah tu, Adam dan Hawa berjalan jalan meluahkan apa yang terbuku di hati, Adam yang tak habis habis mencuri lihat wajah Ain Hawani sampai terlanggar tiang..lawak part tu :)

Masa kat lif tu pulak, Adam cuba nak ‘ayat’  Hawa dengan ayat memujuk.. memuji Hawa, tapi Hawa tak makan saman la org kata…

Hawa walaupun dia benci Adam tapi masa depan  mak mertua dia, dia baik je, hormat orang tua..so pengikat kuat di sini ialah mak mertua dia lah yang selalu memujuk dan menasihati Hawa supaya terima Adam.

Masa jumpa Adam, Hawa mempersoalkan  tanggungjawab Adam yang dia sangka Adam dah abaikan dan dia percaya antara dia dan Adam dah tak ada ikatan suami isteri.

Review Novel Adam dan Hawa

Tak sabar nak lihat jalan cerita lagi..banyak lagi nak sampai 80 episod ni.. jadi nak reviewlah  novel Adam Hawa sikit

Ain Hawani akhirnya mendapat tahu apabila ibu dia sendiri membuka rahsia yang Adam lah menyara dia semasa di Australia. Duit bulanan yang selalu dia tanya kat mak dia tu, memang duit dari Adam.

Hawa masih lagi tak percaya Adam dah berubah menjadi lelaki baik bukan lelaki yang playboy. Setelah melihat kebaikan dan perubahan Adam, barulah Hawa percaya yang Adam dah berubah, rasa benci yang selama ini dalam diri dia sudah hilang sikit demi sedikit dan timbul lah rasa cinta.

 

Akhirnya Hawa dan Adam hidup bahagia dan mendapat anak perempuan bernama Arissa Nurasyiqin.

 

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Hawa ucapkan pada  Hawa.

 

Happy ending

 

Sinopsis Adam dan Hawa

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Drama Adam & Hawa Semakin Hari Semakin Panas”

  1. titan says:

    tak sempat aku nak layan citer nih. best sangat ker wehh?
    titan recently posted..Berpoya-poya di Sarawak.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold