Hai hai salam ceria semua, hari ni Nuriz nak kongsi satu lagi drama baru untuk slot Akasia akan datang di Tv3 November ni. Drama bertajuk Cinta Itu Milikku ni diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe (pengarah Vanila Coklat). Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri 26 episod ini ialah Emma Mamebong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia,Karl Shafek, Erry Putra, Fifi, Liza Abdullah, Aznah Hamid dan ramai lagi.
Mungkin ada yang tak sabar nak menantikan drama Cinta Itu Milikku ini ( dulunya tajuk Rindu Rania) sebab ada pelakon cun Emma Maembong tu kan , buat masa ni tulah tajuknya, pengambaran drama ni pun masih lagi berjalan.
Tajuk drama dah pasal cinta..apa yang Nuriz dapat tau sikit, Erry Putra pegang watak Dr Syafik, yang berkawan baik sejak kecil dengan Rania(Emma Maembong) , Syafik ada perasaan cinta pada Rania. Tetapi Rania berkahwin dengan lelaki lain pulak.
Sinopsis telah dikemaskini
Drama ini mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Rania bercinta dengan Zafril (Fazren) tetapi bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak puas hati sebab Zafril putuskan tunang untuk berkahwin dengan Rania. Jadi Dini berdendam. Dini akan buat apa saja asalkan dapat balik Zafril. Jadi, Dini menggoda dan berkahwin dengan abang Rania, Ridzuan (Karl Shafek). Dini dan Ridzuan duduk serumah dengan Rania dan Zafril. Disitulah bermula segala konflik drama tersebut.
Gambar pelakon Cinta Itu Milikku
dalam cerita ni Emma Maembong jadi adik kepada Karl Shafek anak datuk

Rania berkawan baik dengan Dr Syafik


Pelakon Cinta Itu Milikku

Gambar nampak happy ending, Fazreen Rafi dengan Emma Maembong, Fifi dengan Erry Putra, Ana Dahlia dengan Karl Shafek.

October 20th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 
