Biodata Syatilla Melvin Bekas Finalis Dewi Remaja 2010

Syatilla Melvin seangkatan dengan Anzalna, Izara Aishah dan Neelofa dalam Dewi Remaja. Syatilla ni  dulunya model dan pernah diburu cerita kontroversi selepas berlakon dalam drama BFF di tv3 tu. Sekarang selalu nampak Syatilla ni  banyak juga berlakon dalam drama seperti Julia, Darjat yang sedang di tayangkan di tv.

Syatilla dikaitkan dengan sebuah video yang dimuatnaik di you tube, dengan tajuk Syatilla Melvin beraksi ghairah dalam iklan pakaian dalam. Tetapi dia kemudian membuat penjelasan bahawa itu cuma video course work rakan rakannya yang meminta dia menjadi model, bukan iklan pakaian dalam.

Syatilla memegang watak Kat atau Katrina dalam drama Julia yang hendak dijodohkan dengan Azwan oleh ibu mertua Julia tu. Katrina berjaya memikat Azwan dalam tu, memang cantik dia ni ye, ala ala Shu Qi pulak.  Dalam Darjat pula dia jadi kawan baik Ika Nabila.

Syatilla juga adik kepada pemenang Gadis Melayu musim kedua Siti Nur Shafiqa Melvin.

 

Biodata Syatilla Melvin

Siti Nur Syatilla Amirol Melvin

Umur : 21

Lahir 8 Februari 1991

Asal Parit Buntar Perak

Pendidikan: SPM

Kerjaya :model dan pelakon

Drama lain lakonan Syatilla: Esah Pajero, Rentas Samudera, PA Cinta, Lara Hati, BFF. dan filem Skandal

Anak kedua dari 5 beradik,  adik beradik lain ialah Nur Syifa Athirah, 18,Nur Syifa Assyidda, 15 , Nur Melveena 7,   dan
Siti Nur Syafiqa, 23 kakak sulung.

Syatilla berdarah kacukan Jepun sebelah bapanya, Amirol Melvin dan melayu sebelah ibunya.

 

 

Macam Shu Qi pelakon Taiwan tu tak? Wajahnya yang agak garang memang sesuai diberi watak penggoda.

 

Inilah Cat a.k.a Syatilla Melvin  dalam Julia yang pegang pipi Azlee Khairi  ..cun dak?

Kerjaya lakonan Syatilla bermula apabila dia ditawarkan watak dalam BFF secara tak sengaja, dan selepas diujibakat dia diterima berlakon dalam drama tu.

Apa kata Syatilla

Sejujurnya, saya tidak menyangka akan terbabit dalam bidang ini. Peluang datang tiba-tiba apabila Deq Sha sarankan nama saya kepada GB yang kebetulan mahu menerbitkan drama BFF. Ketika itu rasa berbelah bahagi kerana lakonan bukan jiwa saya.

“Saya dibawa bertemu penerbit drama berkenaan dan terus diterima berlakon tanpa uji bakat. Sejak itu, saya jatuh hati dengan bidang ini dan tawaran tidak berhenti-henti hingga ke hari ini.

“Selain Deq Sha, seorang lagi kawan baik saya yang juga jurusolek profesional, Chika turut bantu memperkenalkan saya kepada penerbit.

Kontroversi video aksi ghairah

“Tak sangka pula apabila episod pertama drama BFF ditayangkan, esoknya ada wartawan menghubungi saya bertanya mengenai video berkenaan. Mulanya saya tak dapat tangkap butir bicaranya tetapi selepas berfikir, baru saya teringat video itu.

“Dalam video itu, saya pakai gaun pendek paras lutut dan tak ada elemen yang menampakkan saya mempromosikan baju dalam pun. Cuma, mungkin aksi menari saya nampak sedikit seksi, maka ia jadi isu.

“Daripada situ, saya sedar kena lebih berhati-hati. Apabila mula dikenali, cepat betul cerita negatif disensasikan. Kadangkala yang diperkatakan itu langsung tidak kita jangka.

“Kecoh juga ketika itu. Mujur keluarga memahami sebab mereka tahu perkara sebenar. Mak dan ayah sentiasa pantau apa yang saya buat, malah sebelum melakukan sesuatu, saya maklumkan kepada mereka terlebih dulu.

“Saya bukan jenis suka berkunjung ke kelab hiburan. Biasanya habis penggambaran, saya terus balik rumah atau lepak dengan teman rapat di kedai mamak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Biodata Syatilla Melvin Bekas Finalis Dewi Remaja 2010”

  1. edi says:

    cun nye awek ni seksi pulak tu..kakak pakai tudung, adik nape jd camtu huhu

  2. akubiomed says:

    Kebanyakkan finalis Dewi Remaja akan terlibat didalam bidang seni.
    akubiomed recently posted..Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.

  3. mira says:

    admin,ayah dia org portugis la,bkn jepun,haiya..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold