Vanida Imran Perjelas Isu Jatuh Talak Dalam Filem Untuk 3 Hari

Sudah kah anda menonton filem 3 hari lakonan Vanida Imran, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki dan Ayu Raudhah? Dalam filem tu Vanidah Imran berlakon jadi watak Ujie yang kahwin dengan Afdlin Shauki yg pegang watak Armi. Manakala Rashidi Ishak watak Zhafrin yang kahwin dengan Juwita.

Kat mana pulak timbul isu Rashidi Ishak lafaz cerai kat Vanida Imran ye. Pelik juga tu,  Zhafrin yang kahwin dengan Juwita nak ceraikan Juwita (Ayu Raudhah la supaya dia boleh nikah dengan Ujie(Vanida Imran).

Antara dialog dalam Untuk 3 Hari

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai.

Kemungkinan orang yang buat cerita ni tak tengok filem ni dan membuat ulasan sebegitu.

Vanida menjawab berkenaan isu jatuh talak dalam mstar online:

“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

“Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,” katanya.

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,” tegasnya.

“Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

“Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,”

Sinopsis Filem Untuk 3 Hari

Mengisahkan sepasang kekasih iaitu Vanidah Imran yang memegang watak sebagai sebagai Ujie bercinta dengan Rashidi Ishak yang memegang watak sebagai Zhafrin sejak dari zaman Universiti lagi. Tapi di takdirkan Zhafrin terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu  Juwita (lakonan Ayu Raudhah). Ujie telah  berkahwin dengan Afdlin Shauki yang memegang watak sebagai Armi.

Mereka merancang nak nikah 3 hari saja dan akan bercerai dalam masa 3 hari. Ujie (Vanida akan minta cerai dari Armi (Afdlin Shauki) dan Zafrin (Rashidi Ishak) akan ceraikan Juwita (Ayu Raudhah ) setelah 3 hari.

Setelah mereka mengharungi tiga hari di alam perkahwinan pelbagai perasaan telah muncul dan timbul kesedaran bahawa mereka seolah-olah bermain dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan

Ujie pula membuat keputusan  bersetuju untuk terus bersama Armi dan Affin pula telah menceraikan Juwita dengan talak tiga.

Pelakon

Vanida Imran : Ujie

Rashidi Ishak : Zhafrin

Afdlin Shauki : Armi

Ayu Raudhah : Juwita

Filem ini diadaptasi dari novel tulisan Ahadiat Akashah.

 

Video trailer

lihat pada 0.44

Rashidi (Zhfarin)  lafaz talak 3 pada Juwita(Ayu Raudhah).

 

Artikel lain:

 

Rashidi Ishak  jumpa peguam syariahnya berkenaan isu lafaz cerai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Vanida Imran Perjelas Isu Jatuh Talak Dalam Filem Untuk 3 Hari”

  1. nad nad says:

    Rashidi lafaz cerai kat ayu raudhah bukan kat Vanida. Saja je diorang nak buat isu panas
    yang buat tu bukan tgk pun filem tu

  2. shahrizal says:

    lenkali Aflin kenalah lebih peka dengan sensitiviti agama tak perlulah persendakan agama walaupun niat anda adalah untuk mengaut keuntungan dari sebuah filem.

  3. mikha says:

    aku rasa orang yang tengok trailer je bukan filem..mereka dah confius bila Afdlin buat gambar Rashidi nikah tetapi nikah dengan Ayu Raudhah, Afdlin nikah dengan Vee..

  4. akubiomed says:

    Lafaz talak jangan buat main. Walaupun ia sekadar lakonan. Saya tidak dapat hendak komen lebih lanjut kerana belum menonton filem ini lagi.
    akubiomed recently posted..Selamat Hari Lahir Abang Koning

  5. fikrisoleh says:

    patutlah Vee beriya-iya taknak gi. Talak 3. Kalau pejabat agama sahkan jatuh talak, takde rujuk dah. Tp nak taknak, bergantung pada siasatan pejabat agama dan keputsan hakim. Bukan Vee yg decide. Mufti bagi nasihat ikut ilmu dia. Tak mau dengar, tanggung sendiri.

    • mikha says:

      ko tengok dah ke filem tu? mesti tak tengok kan ..sebab tu ko tak faham. Hanya dgr dgr cakap cakap orang je . Rashidi tu lafazkan talak 3 kat Ayu Raudhah bukan kat bini dia.

  6. leeya says:

    jgn kecoh sgt,cuba tgk dulu jln cite dia issshh nak cari slh org je dieorg ni.faham kan mcmna lafaz talak baru la tahu adoi2..

  7. humble says:

    Pada pendapat saya, sebaiknya Vanidah dan Rashidi ikut shj nasihat mufti tersebut utk check status. terangkan perkara sebenar kpd Jabatan Agama apa yang terjadi kemudian biar mereka beri keputusan menurut keahlian mereka dalam bidang masing2. itu lebih baik drpd membangkang terang2 nasihat mufti. Kita semua maklum kbykn pengarah filem sememangnya tidak mendapat nasihat alim ulamak dlm sesuatu filem yg diarahkan/diterbitkan. Dan akhirnya mereka mnggunakan akal mereka yg sgt terhad dlm menjawab sebarang kontroversi didalam filem terbitan mrk.

  8. Usin lempoyang says:

    Mmg perkara talak TAK BOLEH dibuat main2 w/pun dalam filem… hukumnya tetap sah jika talak dijatuhkan dlm drama/filem. Aku dah tgk citer ni… takda langsung dialog yg Shidi melafazkan cerai trhadap isterinya Vee. Talak yg dilafazkan itu trhadap ‘isteri’ Shidi dlm Untuk Tiga Hari iaitu Ayu Raudhah… Aku tak blh nk komen lebih2 tkut salah pulak!

  9. ninjafruit says:

    Rashidi Ishak dan rujuk kepada pihak yang arif, jadi dia dah dengar nasihat mufti.. isu tak perlu dipersebarkan lagi peguam dia kata tak ada jatuh talak pun.
    Orang yang buat fitnah tu yang lebih teruk.

  10. shy says:

    yang dorang berlakon sebagai sebagai bukan suami isteri (couple bercinta) apa pulak statusnya…. sedangkan mereka memang suami isteri….

  11. anna says:

    dlm filem ni dorang tak kawin pun malah ayat ‘hari ketiga kita minta cerai’ bukan ditujukan untuk vanidah pun. hissh3
    tengok dulu baru buat spekulasi.

  12. anna says:

    pada pendapat saya korang tengok dulu filem ni baru komen.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold