Ustaz Don Rahsiakan Kisah Cintanya

Pada 23 Ogos lalu Ustaz Don telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya Husna Mohd Zahry, 24. Tak banyak kisah pasal pertemuan dan bibit perkenalan mereka yang dikongsikan oleh Ustaz Don, beliau lebih suka menjadikan semua kisah cinta itu rahsia mereka berdua :).

Memandangkan Ustaz Don sekarang menjadi selebriti dan semakin dikenali ramai, kisah cinta Ustaz Don pun media nak korek kan, tapi Ustaz Don memang bijak menjawab soalan soalan yang ditujukan kepadanya.

Kalau artis sejurus lepas akad nikah dan sesi bergambar bersanding mesti media serbu diorang dan tanya macam macam soalan, dan selalunya soalan cepu emas yang lazim ditanya ialah

kat mana nak berbulan madu?   berapa orang nak timang cahaya mata? merancang anak ramai ke sikit? bila bercinta? apa ciri ciri istimewa si isteri dan si suami? hehehe…jenuh nak menjawab, bab anak tu mungkin ada artis terkulat kulat nak jawab..agak agaklah baru nikah terus tanya anak nak berapa orang :)

Kisah Ustaz Don dan isterinya..biarlah menjadi rahsia

Ternyata Ustaz Don lebih senang tidak mendedahkan kisah cinta mereka kepada umum. Malah ketika ditanya tentang pertemuan mereka, dirinya memaklumkan biarlah kisah mereka berdua menjadi rahsia antara mereka.

“Perjumpaan, biarlah rahsia. Ia berlaku lebih daripada setahun,” tutur Ustaz Don ringkas.

Sungguhpun demikian, dia sudi berkongsi kegembiraannya dengan para hadirin yang bertandang ke majlis pernikahan dan resepsi pengantin perempuan di Dewan PKK Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 1 September yang lalu.

“Perasaan saya ketika ini, seronok. Alhamdulillah. Cuma kenduri ini diadakan selepas akad seminggu yang lalu. Secara jujurnya, sepanjang seminggu ini perasaan takut itu masih ada dalam diri saya.

Saya sentiasa mendoakan agar perasaan takut itu sentiasa kekal di dalam diri saya kerana saya tahu saya sudah mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Yang mana, syurga isteri saya, syurgalah untuk saya,” tutur pensyarah KUIS ini ketika ditemui di majlis resepsinya.

Bagi mempersiapkan diri menjadi seorang suami yang bertanggungjawab, beriman dan bertakwa Ustaz Don sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan mendalami kitab-kitab agama yang berkaitan.

Perkara pertama yang perlu ada dalam perancangan untuk diri saya sendiri dan keluarga saya adalah kami perlu mendalami banyak lagi kitab-kitab. Saya mahu supaya pada masa hadapan saya akan lebih mendalami bidang agama.

“Tambah pula, selepas saya berada dalam dunia ini iaitu di alam perkahwinan, barulah saya nampak aspek mana yang sepatutnya saya perlu beri perhatian,” sambung Ustaz Don yang bakal menunaikan haji pada bulan Oktober nanti manakala isterinya pula akan terus menyambung pengajian di Mesir.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut mengakui bahawa cabaran rumah tangga yang bakal dialami adalah sama sebagaimana cabaran perkahwinan yang akan dialami oleh pasangan yang lain.

Husna mahu selalu di samping suami

Menjadi isteri individu terkenal pastilah sedikit sebanyak akan membuatkan isterinya turut terkena tempiasnya. Ketika ditanya tentang reaksi Husna saat berhadapan situasi sebegitu, wanita pemalu ini jujur mengakui dirinya akan cuba menabahkan hati.

“Saya akan tabahkan hati dan dalam apa juga situasi saya akan selalu ada di samping suami saya,” tuturnya lembut.

Barangkali tidak biasa dengan situasi temu ramah yang melibatkan wartawan dan jurugambar, Husna kelu bila ditanya tentang sifat istimewa suaminya.

Sebaliknya dia  hanya melemparkan senyuman sebelum ditenangkan oleh suaminya sambil memaklumkan, isterinya itu malu dan tidak biasa dengan situasi sebegitu.

“Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah,” balas Ustaz Don saat menerangkan pertanyaan mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada isterinya itu.

Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” sambungnya ketika ditanya soal cahaya mata.

Pada hari itu juga, Ustaz Don dan isterinya Husna sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi datang meraikan kegembiraan bersama dengannya.

“Cuma satu pesanan saya, tolong doakan kami, kerana boleh jadi doa salah seorang daripada kita akan dimakbulkan Allah. Saya sendiri tidak tahu sama ada doa saya atau siapa akan dimakbulkan. Jadi, hantarlah doa kepada kami dan sekalian kaum muslimin yang ada. Insya-Allah, mudah-mudahan zuriat orang Islam akan semakin bertambah dalam keadaan bertakwa kepada Allah S.W.T,” ucapnya penuh kerendahan hati.

 

sumber : sinar harian

Dapatkan mingguan wanita untuk ketahui lagi kisah Ustaz Don

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ustaz Don Rahsiakan Kisah Cintanya”

  1. akubiomed says:

    Tentu ramai yang diluar sana ingin mengetahui perjalanan kisah cinta Ustaz Don dan isterinya.
    akubiomed recently posted..Aktiviti hujung minggu dengan membersih kebun.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold