Sinopsis Julia – Akasia Tv3

Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda ditayangkan utk Slot Akasia di Tv3 . Menjalani pengambaran di KL dan juga Korea. Antara pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah Iqram Dinzly, Fauziah Ghaous, Syatilla Melvin, Norish Karman.

Sinopsis

Sinopsis ikut episod dulu..

 

 

Amir (lakonan Fizo Omar ) seorang yang agak nakal di sekolah, Amir telah ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan di hadapan guru-gurunya.

Amir berjaya melanjutkan pelajaran ke oversea, dan dia  ada hati dengan seorang gadis bernama Sofia lakonan Izreen Azminda, tetapi Sofia dengan selamba menolak cinta Amir, dan mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir kerana Sofia sudah ada Sam( Iqram Dinzly).

Amer berkenalan dengan Julia, hubungan Amir dan Julia (lakonan Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya. Bermulalah kisah cinta antara Amer dan Julia…

Sofia menyesal kerana tidak menerima cinta Amir dulu, kemudian dia berusaha untuk kembali semula kepada Amir.

Julia merasakan dia dan Amer perlu ada ikatan kuat dan dia mahu mereka bertunang secepat mungkin. Dia berusaha untuk bersama Amer, dia gembira apabila mendapat tawaran pekerjaan di Kuala Lumpur kerana boleh selalu bertemu Amer. Amer lebih mengejar kemewahan dan kekayaan hingga Julia merasakan Amer mengabaikannya. Adakah amer masih lagi menaruh hati pada Sofia?

Kerana perangai Amer yang mengabaikan Julia, dia sudah beralih cinta dan berkahwin dengan pemuda lain, Amer mulai menyesal.

Azwan dan Julia berkahwin tetapi ibu Azwan tak suka Julia, dan mahu menjodohkan Azwan dengan Katrina (Syatilla Melvin).

Andai aku mampu memutar waktu..

Jangan lupa Julia 24 .9.2012   jam7 malam   ,tv3.

Lagu OST Julia  , Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band, Milikku – Duta, Tiada Rasa – Ika Nabila ft. Aliff Razali

 

Akasia Julia 24 September 2012

Syatilla Melvin bekas finalis Dewi Remaja 2010 pegang watak Kat dalam Julia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Sinopsis Julia – Akasia Tv3”

  1. iAwani says:

    dari jalan ceritanya, drama ini nampak menarik.
    iAwani recently posted..Maghfirah Smart Pen Pembaca Al-Quran Dengan Terjemahan Audio Melayu

  2. Ajumohit says:

    Memang kene tonton ni ;)
    Ajumohit recently posted..Perancangan dan hala tuju blog saya

  3. mira says:

    dah tgk dah semalam,hahahaha

  4. fariz shamir says:

    memang best akasia julia ni…. tak bosan, skrip mantap….

  5. roselle says:

    mmg best sgt citer ni ..semua pelakon berbakat terutama nabila huda ..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold