Shila Amzah Terima Wang Dana Lebih RM1 Juta (Juara Asian Wave 2012)

Tahniah kepada Shila Amzah kerana memenangi tempat pertama di pertandingan Asian Wave yang berlangsung di Shanghai China, memang persembahan Shila amat memukau penonton dan jugak juri, sampai hampir semua juri berdiri memberi tepukan dan pujian kepada Shila Amzah. Eric Moo salah seorang juri dan (penulis lagu /artis terkenal di China tp berasal dr Perak) memuji Shila sebagai seorang superstar. Malah Shila dikatakan menyanyi lebih baik dari penyanyi asal lagu Forever Love , Lee Hom.

Dari kemenangan itu Shila Amzah telah mendapat hadiah wang  bernilai lebih RM1 juta. Melalui portal murai.com.my, Shila memberitahu wang dana berkenaan merangkumi rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai rangkuman lain berkaitan karjayanya sebagai penyanyi di China.

Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke pertandingan akhir yang telah berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan pemilihan akhir seramai lima penyanyi sahaja.

Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing. Shila akan berada di Shanghai dan akan pulang ke Malaysia pada 26 September nanti.

lagi petikan dari murai.com.my

“Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya.

“Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini.

“Sebelum bertanding, ayah ada berpesan supaya jangan memikirkannya sebagai satu pertandingan.

“Sebaliknya, ayah menasihatkan agar Shila hanya fikirkan ianya sebagai satu persembahan yang telah biasa dibuat,” katanya kepada murai.com.my.

Bakal pulang ke tanah air pada 26 September ini, Shila tidak menyangka peminatnya di China amat menghargai dirinya walaupun baru pertama kali mengenalinya.

“Dari segi populariti, pihak media di China meramalkan peserta tuan rumah yang bakal meraih kemenangan.

“Bagaimanapun, melihat dari penjurian juri profesional, pihak media China dari awal lagi telah meletakkan Shila sebagai juara.

“Setakat ini, Shila mendapat pelbagai tawaran di sini. Malah, tawaran ini sudah pun diterima sebelum Shila diumumkan sebagai juara.

“Sesungguhnya, Shila mendapat masa yang gemilang di sini.

“Shila lebih bersyukur apabila Shila lebih dikenali kerana Shila satu-satunya peserta yang memakai tudung.

“Semua pihak di sini menerima Shila dengan baik dan tidak wujud perasaan dengki sama sekali,”

“Seorang lagi juri iaitu Eric Woo juga telah menempah saya untuk menyanyi bersamanya di konsert solonya yang bakal berlangsung pada November dan Disember depan. Terus-terang, Shila sangat gembira.

“Disebabkan semua tawaran ini, Shila akan mengambil kelas Mandarin. Selepas ini pun, Shila akan kerap berulang-alik ke China,”

 

Komen Eric Moo:

“Saya berjanji akan mencari jalan agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegini akan terpancul dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

“Ya, saya tidak terfikir Eric boleh mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric memberitahu bahawa sememangnya Shila layak memegang gelaran Superstar.

“Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak sudah pun menjadi Superstar,”

 

Sedap suara Shila

Video persembahan Shila

Lagu Gemilang

Di pertandingan Asian Wave 2012 tu  Shila menyanyikan lagu Gemilang (Jac) , Set Fire to the Rain (Adele) , Forever Love (Wang Lee Hom) dan lagu Grenade (Bruno Mars) serta lagu dalam bahasa Mandarin.

Pemilihan lagu yang dibawa Shila memang cukup mencabar dan membuktikan vokal dan keupayaannya untuk menyanyi.

Tanpa tarian ghairah dan skirt pun Shila menyanyi lebih bagus dan memikat para juri serta penonton.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Shila Amzah Terima Wang Dana Lebih RM1 Juta (Juara Asian Wave 2012)”

  1. akubiomed says:

    Bakal digelar jutawan muda. Dulu beliau masuk One in Millions mahu hadiah bagi pembikinan album tetapi tidak kesampaian.
    akubiomed recently posted..Ada apa pada blogging

  2. iAwani says:

    kagum dengan Shila. Passionnya pada muzik dan nyanyian membawanya ke tahap ini.
    iAwani recently posted..Maghfirah Smart Pen Pembaca Al-Quran Dengan Terjemahan Audio Melayu

  3. shameila amin says:

    tahniah shila,kejayaan ini membuktikan bahawa awak sememangnya seorang yg berbakat besar,awak telah diiktiraf …buktikan awak akan lebih berjaya dimasa hadapan

  4. liza says:

    tahniah Shila…..
    kita berbangga Anak Malaysia berjaya mencipta nama sebagai penyanyi
    antarabangsa…teruskan…shila,memang best!!!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold