Shila Amzah Nak Ambil Kelas Bahasa Mandarin

Jadual Shila Amzah semakin padat , lagi lagi dia selepas dia menjadi juara dalam pertandingan Asian Wave di Shanghai baru-baru  ni, Shila Amzah akan berulang alik ke China untuk membuat persembahan di sana. Undangan persembahan sudah banyak diterima di sana hingga hujung tahun ini.

Memandangkan Shila dan menang wang 1 juta lebih berupa dana  yang akan digunakan utuk tujuan rakaman lagu, promosi dan album di sana, maka Shila perlu belajar bahasa Mandarin untuk lebih mudah berkomunikasi dengan pihak produksi dan peminat di China kan. Nampaknya kerjaya Shila akan lebih luas lagi di China. Jika Yuna di Us , Shila pulak di China. :)

Sejak awal lagi penglibatan beliau di dalam bidang seni suara, Shila sudah memasang hasrat mahu merakamkan lagu dalam bahasa Mandarin dan mahu menguasai bahasa itu dgn lebih baik.

“Shila sudah banyak menerima  undangan untuk membuat persembahan di sini. Kalau tidak silap, undangan tersebut diterima sehingga hujung tahun ini. Jadi, Shila akan kerap datang ke dsini. Oleh itu, Shila akan mengambil kelas bahasa Mandarin secara serius,”

Shila memang menguasai bahasa mandarin

“Saya memang boleh berbahasa Mandarin kerana pernah belajar selama tiga tahun ketika menuntut darjah 1, 2 dan 3 semasa di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lee Robber, Gombak. Cuma saya perlu lebih menguasai bahasa tersebut dengan mengikuti kelas bahasa Mandarin tidak lama lagi,”

 

Penerimaan peminat di China

“Saya hanya menjadi diri saya. Begitu juga di Malaysia, saya akan mesra dengan sesiapa saja yang bekerjasama dengan saya. Saya tidak menganggap bahawa bahasa adalah sempadan untuk kita berjaya.

“Disini, bahasa utamanya adalah muzik. Tidak kira siapakah orang yang saya jumpa, saya akan menyapa dan melontarkan senyuman. Malah, dengan pengawal di sini pun saya tegur seperti kawan-kawan.

“Saya hormati mereka. Di Malaysia, berkemungkinan besar ada pandangan tertentu atau tersendiri terhadap saya. Apapun, saya sentiasa bersikap positif. Lagi pun orang Malaysia dah tahu market saya. Di China, mereka menganggap saya sebagai kain putih yang belum lagi dicorakkan,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Shila Amzah Nak Ambil Kelas Bahasa Mandarin”

  1. akubiomed says:

    Bersungguh Shila Hamzah untuk perbaiki diri. Rugilah kalau beliau sia-siakan peluang yang tersedia terhidang. :-)
    akubiomed recently posted..Selamat Hari Lahir Abang Koning

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold