Sham Kamikaze Sudah Bercerai Setahun Lalu

Penceramah bebas Sham Kamikaze dan isterinya disahkan bercerai setahun lalu, perkara ini diputuskan oleh Hakim Atras Mohammad Zin selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut. Dalam keterangan itu, Sham telah melafazkan cerai ke atas Farazila pada 1 September tahun 2011 tetapi tidak melaporkan kepada pihak mahkamah.

Sebaliknya Sham telah rujuk dengan isterinya secara perbuatan. Dalam berita mstar online, 

Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.

Hakim Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.

Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini.

“Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).

sumber :mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Sham Kamikaze Sudah Bercerai Setahun Lalu”

  1. akubiomed says:

    Terjawab segala spekulasi.
    akubiomed recently posted..Tiket percuma LegoLand Malaysia dari Dutch Lady

  2. iAwani says:

    Kesilapan sebegini memakan diri sendiri. Pengajaran untuk suami-suami lain.
    iAwani recently posted..Apple Kedua Di Best Global Brands 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold