Remy Akui Sudah Putus Cinta Dengan Tiz Zaqyah

Selepas Yuna mengumumkan dia putus cinta dengan Qi, kini seorang lagi artis iaitu Remy mengaku sudah putus cinta dengan kekasihnya, Tiz Zaqyah. Musim artis putus cinta pulak ke? Remy dan Tiz sudah 3 bulan menamatkan hubungan mereka, dam kini hanya sebagai kawan. Tiz mengambil jalantidak mahu memberikan sebarang komen dan menyerahkan semua kepada Remy untuk membuat kenyataan.

“Saya merasakan tiada apa yang perlu diceritakan dan menganggap ini takdir berakhir di sini sahajalah jodoh kami serta keputusan yang diambil adalah keputusan bersama,” kata Remy ketika ditemui di sidang media ‘Hantu Kapcai’ di The Curve semalam.

Remy mengambil keputusan untuk berkongsi status terbarunya kerana dia akur dirinya adalah milik masyarakat. Justeru, dia membuka mulut untuk berlaku adil kepada para peminat serta menghentikan spekulasi mengenai hubungan mereka.

“Keputusan yang diambil adalah untuk menjernihkan keadaan kerana saya tahu para peminat sudah mula tertanya-tanya mengenai hubungan kami. Saya tidak mahu peminat membuat spekulasi sendiri jika ternampak saya atau Tiz bersama orang lain,”

Kami masih lagi rapat sebagai kawan dan bekerjasama dalam sebuah filem arahan Khabir Bhatia, ‘Cinta Jangan Pergi’. Saya tidak menolak tawaran untuk digandingkan bersama Tiz walaupun hubungan kami sudah berakhir,”

sumber : Gua.com.my

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Remy Akui Sudah Putus Cinta Dengan Tiz Zaqyah”

  1. akubiomed says:

    Dunia artis biasa perkara seperti ini berlaku.
    akubiomed recently posted..Tip memilih pasangan cara old style

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold