Rashidi Ishak Rujuk Peguam Syariah -Isu Lafaz Cerai

Filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki lakonan Vanidah Imran, Rashidi Ishak mencetuskan kontroversi apabila ada dakwaan dari pihak tertentu yang mengatakan pasangan itu telah melafazkan talak dalam filem berkenaan.  ekoran daripada satu kenyataan yang dibuat Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria kepada Utusan Malaysia mengenai lakonan mereka didalam filem Untuk Tiga Hari . Menurut Mufti tersebut , Rashidi ada mengungkapkan lafaz cerai dan ia mungkin membuatkan ikatan perkahwinan mereka jadi tidak sah.

Rashidi Ishak tidak berdiam diri mengenai isu terbabit dan telah pun meminta nasihat peguam syariahnya mengenai perkara tersebut.

Dalam laporan akhbar

Pelakon, Rashidi Ishak berharap masyarakat tidak lagi membangkitkan kontroversi berhubung lafaz ‘cerai’ yang diucapkannya dalam satu babak filem Untuk Tiga Hari yang turut dilakonkan bersama isterinya, Vanidah Imran.

Beliau yang melakonkan watak Zafrin atau Affin dalam filem tersebut berkata, perkara itu tidak akan dirujuk kepada jabatan agama Islam kerana peguam syariahnya berpandangan isu cerai sebenarnya tidak timbul.

Jelasnya, kekeliruan tidak akan tercetus sekiranya semua pihak menonton filem arahan Afdlin Shauki itu secara keseluruhan.

Sebenarnya, lafaz ‘cerai’ itu ditujukan kepada pasangan saya dalam filem berkenaan iaitu watak Juwita yang dilakonkan Ayu Raudhah dan pasangan Vanidah iaitu watak Armi yang dilakonkan Afdlin Shauki.

Sesiapa sahaja yang menonton filem tersebut dari awal hingga akhir pasti dapat memahami dengan jelas bahawa saya tidak melafazkan cerai ke atas Vanidah yang berlakon sebagai Ujie,”

Beliau memberi penjelasan susulan pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mencadangkan pasangan itu merujuk kepada jabatan agama Islam untuk mengetahui status terkini pernikahan mereka.

Harussani menyatakan pandangan itu berdasarkan dialog pasangan kekasih yang diungkapkan Affin dalam satu babak bersama Ujie yang berbunyi: ”Kita akan berkahwin tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai.”

Rashidi turut berharap orang ramai tidak tersalah anggap terhadap status pernikahannya dengan Vanidah yang terjalin sejak 1 Oktober 2000.

sumber : Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Rashidi Ishak Rujuk Peguam Syariah -Isu Lafaz Cerai”

  1. akubiomed says:

    Apa bila kontroversi seperti ini melanda boleh mengoncang rumahtangga.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Tanya sama pokok

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold