Kira-kira pukul 12.50 tengahari hari ini 13 September Putera William dan isterinya Kate Middleton tiba di Malaysia, destinasi kedua lawatan pasangan diraja itu selepas melawat Singapura. Mereka berdua menjadi wakil kepada nenda William, Ratu Elizabeth yang bakal menyambut Jubli Intan pemerintahannya yang ke-60 sebagai Ratu.
kedua mereka telah dibawa untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri, di Seri Perdana untuk makan tengahari bersama. Selepas itu mereka dijadual untuk melawat hospital yang menempatkan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur dimana Kate akan menyampaikan ucapannya.
Pada sebelah malamnya mereka akan dirai dengan jamuan makan malam Diraja bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara sebelum berlepas ke Sabah untuk melihat pusat pemuliharaan hutan di Lembah Danum yang popular dengan orang utan pada keesokan harinya.
Dilaporkan kehadiran mereka ini telah mengundang kebanjiran lebih kurang 100 wartawan luar seperti United Kingdom, America, Australia, New Zealand, Jepun, Jerman, China, Perancis dan Indonesia yang berada di Malaysia untuk membuat liputan.
Gambar Puter William dan Kate di Putrajaya bersama PM




September 13th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Kehadiran pewaris takhta di raja Britain menarik perhatian.