Apple akan melancarkan telefon pintar mereka iPhone 5 tak lama lagi, ada rumors mengatakan pada 12 September nanti, tetapi Samsung sudah melancarkan Galaxy Note versi kedua mereka yang nampaknya jauh lebih besar paparan skrin. Jadi agaknay yang mana jadi pilihan hati penggemar telefon pintar , nak pilih Samsung Galaxy Note 2 atau tunggu iPhone5?
iPhone 5 akan dikeluarkan selepas kira2 2 tahun dari versi sebelumnya, apa yang pengguna dan peminat iPhone harapkan ialah mungkin lebih lagi kualiti dari segi paparan skrin lebih besar? nipis atau pemprosesan yang lebih cepat lagi..atau mereka beralih saja pada Samsung Galaxy Note 2 lebih menepati citarasa pengguna telefon pintar.
Mungkinkan ini rupa iPhone5?

Paparan skrin yang besar sesuai bagi pengguna yang kerap melayari internet, menghantar email atau kaki game. Jika tidak mahu skrin lebih besar pilih saja iPhone
.

Semalam dalam post yang saya kongsikan Samsung Galaxy Note 2 lebih besar paparan skrinnya iaitu 5.5 inci dengan sentuhan pen yang menarik dan lebih hebat dari Samsung Galaxy S3. Galaxy Note 2 mempunyai kamera dgn 8MP dan juga dilengkapi microSD membolehkan pengguna menyimpan hingga 64GB. Telefon Samsung Galaxy s3 sendiri juga sudah mempunyai paparan skrin yang besar dari iPhone, bagi orang yang suka skrin lebih lebar pastinya ingin pilih Samsung.
Jika peminat iPhone 5 dengan Apple’s iOS yang setia itu satu kelebihan buat Apple tetapi jika pengguna beralih kepada Samsung Galaxy Note 2 yang dikatakan hybrid smartphone dgn Android yang mesra..tepuk dada tanya selera .
September 2nd, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Saya antara pengguna produk Apple dan Samsung. Ini adalah pandangan umum saya mengenai kedua produk ini. Produk Apple tetap pilihan saya.
akubiomed recently posted..Saluran Astro Best menawarkan filem terbaik