Peminat Aaron Aziz Mula Terima Nadiya Nissa

Selalunya heroin untuk filem atau drama pelakon yang memegang watak mesti cantik jelita dan sedap mata memandang, tetapi keberanian penulis novel Adam Hawa memilih Nadiya Nissa untuk watak Ain Hawani akhirnya dapat diterima peminat drama dan juga peminat fanatik Aaron Aziz sedikit demi sedikit. Setelah 1 minggu Adam Hawa ditayangkan dan orang mulai biasa dengan Ain Hawani, mungkin juga masih ada yang tak dapat terima lagi tetapi drama Adam Hawa tetap mendapat sambutan hangat.

Nadiya Nissa yang dikritik dan mendapat komen negatif akhirnya lega kerana sudah diterima oleh penonton mungkin ada yang mahu membuka mata melihat bakat lakonannya dari melihat dari segi luaran dan kecantikan saja.

Peminat Nadiya pun dah semakin ramai di twitter:

“Alhamdulillah akhirnya peminat terima saya. Twitter saya pun dari hanya 1000 pengikut kini sudah cecah 4000 pengikut

“Saya ada juga dapat rasakan akan jadi macam ni (dikritik). Mula-mula tu ada agak kecewa juga. Ada juga rasa takut dengan komen peminat. Tapi tak apa lah. Saya faham yang peminat memang fanatik dengan Aaron. Saya okay saja.

“Masa minggu pertama ditayangkan, banyak komen di Twitter dan Facebook dari peminat Aaron. Mereka marah sebab kata mereka, saya tak cantik. Tak sepadan berganding dengan pelakon kacak seperti Aaron. Ada juga yang persoalkan kebolehan saya,”

“Lepas minggu kedua, saya sudah mula dapat maklum balas yang positif. Ada yang sudah boleh menerima saya sebagai Hawa di dalam drama ini. Mungkin ada yang tak baca novelnya. Sebab, karakter Hawa tu dari luaran sebenar seorang yang biasa-biasa saja. Tapi dia punya satu tarikan yang buat Adam jatuh cinta padanya ”

 

sumber Malaysian Digest

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Peminat Aaron Aziz Mula Terima Nadiya Nissa”

  1. siti saleha tu harap muka je tapi berlakon tak seberapa.. mentaliti penonton malaysia ni (sesetengah la..) asal cantik je berlakon macam tiang letrik pun takper.. asal kurang lawa je nak hentam. Nadiya Nissa takde la hodoh sangat.. macam NorKhiriah.. Bukan jadi pelakon sebab rupa tapi memang dia boleh berlakon. semakin berjaya jer..
    lekatlekitgurl recently posted..ENGINEER KUTUK CIKGU MINTA MAAF

  2. iAwani says:

    dia sememangnya berbakat! Nyatalah Adan dan Hawa jad popular bukan kerana Aaron Aziz, tapi kerana jalan cerita drama itu sendiri.
    iAwani recently posted..Hp Spectre One Desktop PC Dengan Wireless Touchpad Serta Touch Scren

  3. nedie saidi says:

    yupp..nadiya nissa mmag plakon yg hebat dan berbakat..fsrt tgok die blakon dlam filem CUN..xsmua plakon boleh bwak watak mcam yg nadiya nissa pgag dlm crite tu..dlam filem JIWA TAIKO,nadiya skali lgi xmgecewakan pmnat..nadiya yg mghdupkan crite tu dri heroin..mule2 crite adam & hawa kluar,sye xheran sgat dgan kritikan pmnat aaron yg xsuke nadiya nissa..sbab da taw nadiya nissa xakan mengcewakan..cantik xsmstinye boleh bwak watak dgn best..xmacam artis lain,muke cntik tpi lkonan mcm kaku je..biar pun lkonan xbest..mntang2 lah cntik,sume nk puji ..huhuhu

  4. anje says:

    kalo ikutkan sbnrnya, nadiya ni pn ada manisnya..tp canepun yg pnting tu bakatnya..dia mmg pndai bawak watak..aku memula tgk cite Cun ingtkan mmg dia natural cenggitu..hihi..rupanya idak..btw, caye r, nadiya leh trus maju..

  5. peminat tegar nadiya says:

    biar dah lewat komen, tpi nadiya adalah primadona terbaru malaysia, lakonan dia mantap dari erra fazira dan maya karin, lakonan dia menusuk jiwa, tgk sahaja lam filem cun, ada x pelakon jelita wat camtu? xde sb nak jaga imej konon nya, aku xtgk dri awal, tpi semalam tgk episode 25 arini dah terus download,dan aku perhati lakonan dia mantap, xkisah dia xmenang anugerah janji dia menang bakat dia

  6. cheman says:

    Macam ni lah. Saya bukan peminat drama melayu tapi tertengok episod 1 di astro-on-the-go. Kalau tidak kerana lakonan Nadiya memang saya tak tengok. Hebat lakonan beliau. Tiap malam tunggu tengok sambungan nya. Boleh bagi penuh bintang kepada lakonan beliau.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold