Nurul Syuhada Nurul Ain Perjelas Sebab Letak Jawatan

Selepas kontroversi yang melanda pengacara MHI Nurul Syuhada, kini berita perletakan jawatan beliau pula menjadi tanda tanya dan ada spekulasi yang mengaitkan dengan cerita pasal Bintulu itu. Nurul Syuhada menjelaskan yang beliau bukan meletak jawatan kerana isu Bintulu tetapi mahu

memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.

Jelas Nurul lagi

“Sebenarnya saya memang sudah lama memikirkan mahu meletak jawatan. Saya telah menghantar surat perletakkan jawatan sejak sebulan lalu sebagai kakitangan sepenuh masa TV3. Tetapi selepas ini saya akan terbabit secara separuh masa dan hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini buat masa sekarang”,

“Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi perletakkan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.

“Lagipun saya sudah menghantar surat perletakkan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (7 September) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3,”

setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan keriar apatahlagi kerjaya wartawan memang tidak mengira masa.

Bahkan keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat pengacara Majalah Tiga itu serta suaminya untuk menimang cahaya mata.

sumber: malaysiandigest

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Nurul Syuhada Nurul Ain Perjelas Sebab Letak Jawatan”

  1. iAwani says:

    kagum dengan Nurul Syuhada, tidak sedar sudah 6 tahun dia bekerja bersama TV3
    iAwani recently posted..Hp Spectre One Desktop PC Dengan Wireless Touchpad Serta Touch Scren

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold