Nurul Syuhada Nurul Ain Mohon Maaf Kepada Penduduk Bintulu

Ekoran dari kenyataan oleh Nurul Syuhada Nurul Ain wartawan dan pengacara Majalah 3 itu terhadap Bintulu yang disifatkan sebagai ‘daif’  semasa membuat liputan hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lepas, Nurul Syuhada telah digesa untuk meminta maaf secara terbuka. Facebook MHI tv3 juga terkenap tempias komen negatif dan tempat orang meluahkan rasa tak puas hati dengan kenyataan Nurul Syuhada yang disifatkan tidak membuat penyelidikan rapi sebelum membuat kenyataan.

Antara kenyataan Nurul Syuhada :

Syuhada, ” Pastinya selepas sambutan Hari Kemerdekaan ini, satu lagi yang turut ditunggu-tunggu ialah pada 16 September iaitu Hari Malaysia yang akan diadakan di Sarawak…

Fedtri, ” Di Bintulu jadi lokasi kerana dalam usaha transformasi ini untuk mencari satu daerah yang tidak hanya tipikal di bandar besar tapi jelajah masuk ke negeri lain dan juga di tempat yang jarang dibuat satu acara yang besar. Bintulu menjadi pilihan, kawasan yang dilihat jauh dari Kuching….

Syuhada, ” kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan…berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri….

Berita dari Bernama melaporkan ,

“Pemuda PBB Sarawak berkeinginan untuk melihat Nurul Syuhada membuat maaf melalui TV3 memandangkan kenyataan mengenai Bintulu dilakukan oleh beliau ketika menjadi pengacara semasa lintas langsung sempena sambutan Hari Mardeka dari Dataran Merdeka semalam, ”

Pandi berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar Bintulu sebagai daif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.

Katanya Bintulu sudah lama membangun dan Pemuda PBB Sarawak agak kesal apabila orang Malaysia sendiri tidak mengetahui keadaan dan kedudukan Bintulu sehingga beranggapan ianya jauh di pedalaman.

Oleh yang demikian, katanya personaliti TV3 itu perlu berusaha untuk menjadi wartawan yang membuat laporan berdasarkan penyelidikan yang rapi.

“Diharap pihak pengurusan TV3 akan memastikan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan,”

Di facebook juga sudah ada satu page khas yang menggesa Nurul untuk memohon maaf secara terbuka dan disokong 2000 orang.

Di twitter Nurul Syuhada Nurul Ain, beliau sudah pun meminta maaf atas kesilapan tersebut dan dia memanjangkan lagi di Facebook dengan tulisan berbunyi:

“To my fellow malaysians brethren of bintulu origin, to clarify, yesterdays statement of “daif” needs to be understood in the context that it was said i.e benefiting from the transformation programme. As an anak Jati malaysia, i wud never critisize my native soil or any of her great territories. To those who were offended, I apologise, to those who are attempting to sow hatred and fitnah, Allah almighty will be the judge of u.”

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Nurul Syuhada Nurul Ain Mohon Maaf Kepada Penduduk Bintulu”

  1. syahrilhafiz says:

    terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata itu la makan dia.. kesian nurul hehe
    syahrilhafiz recently posted..10 Entri Terbaik Denaihati

  2. ros unggu says:

    Sebagai wartawan Nurul sudah pasti telah banyak tempat yang telah dijelajahi ataupun diterokai. Nasihat saya anda kena lah selidik ataupun menimba ilmu ataupun membuka minda dengan lebih luas lagi terhadap negara sendiri KHUSUS nya negeri Sarawak. Bagi segelintir masyarakat perkataan ‘daif’ itu sendiri mungkin akan membawa maksud yang menggambarkan betapa mundurnya Bintulu terutama sekali yang bukan penduduk pribumi Sarawak. Untuk pengetahuan anda penduduk Bintulu tidak pernah mengalami kebuluran ataupun penduduk yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Salah satu sumber kekayaan di Malaysia adalah minyak dan gas yang datangnya dari Bintulu. Mungkin benarlah anda tersasul mengeluarkan perkataan daif itu, tetapi sebagai wartawan professional anda perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Kalau anda kurang pengetahuan tentang sesuatu daerah ataupun tempat, saya nasihatkan anda datang ataupun buat kaji selidik secara terperinci dahulu agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

  3. Margaret says:

    saya juga anak jati sarawak yang tinggal tidak jauh dari bintulu. maafkan nurul…biasalah dalam kerja tiada siapa yang boleh lari dari kesilapan..dia manusia biasa, seperti kita juga. isu kecil yang tersasul bukan dengan niat..usah cepat melatah. Tak apalah nurul..sebagai iktibar di masa hadapan..lain kali buat penyelidikan dengan rapi supaya mslh serupa tidak berulang…Saya maafkan anda..saya harap penduduk Bintulu pun dapat maafkan anda juga..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold