Ning Baizura Hamil 5 Bulan

Dalam sidang media petang tadi, penyanyi Ning Baizura, 37 ,  memberitahu media secara rasmi bahawa dia telah mengandung 5 bulan. Di sidang media khas itu, Ning begitu gembira berkongsi cerita tentang kehamilannya sejak berkahwin 4 tahun lalu, Ning dan suaminya Omar,mereka bersyukur kerana doa telah dimakbulkan setelah sekian lama menanti

berita gembira itu.

Bukan niat nak menyembunyikan apabila ada gosip dan spekulasi mengatakan Ning mengandung, tetapi dia menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu kepada peminat.

“Saya dan suami, Omar Sharif gembira dengan kehamilan sulung saya ini. Alhamdulillah saya tidak mengidam apa-apa seperti ibu-ibu mengandung lain,”

“Tidak kisahlah jantina apa pun anak kami nanti. Tapi, saya suka kalau dapat anak perempuan. Kalau suami pula, dia nakkan anak lelaki,”

Ning kongsi cerita pengalaman mengandung

“Sepanjang saya hamil, saya tidak berasa mual, muntah atau pening dan saya pasti bayi dalam kandungan ini sangat memahami serta bijak kerana tidak mahu melihat ibunya sakit. Selain itu, saya juga tidak mengidam sebarang makanan. Disebabkan tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam seperti wanita hamil yang lain, saya masih tidak percaya yang saya dah hamil.

“Tiga bulan pertama kehamilan, saya obses dengan makanan berasaskan sayuran seperti tempe, tofu dan juga minum air kacang soya. Saya juga mengamalkan makanan yang sihat seperti makan buah-buahan, oat, ikan serta makan dua biji kurma setiap hari.”

Nak tengok gambar Ning Baizura hamil

Ning rakam lagu khas

“Saya tak boleh jadi orang yang tak buat apa-apa. Saya masih lagi menerima persembahan pentas cuma saya lebih berhati-hati sekarang. Saya juga hadkan kepada satu persembahan saja setiap minggu. Saya juga kini dalam proses untuk merakam album kanak-kanak iaitu album khas untuk anak saya.

“InsyaAllah, akan ada dalam lima atau enam buah lagu dalam album keluaran Universal Music ini. Album ini dijangka akan berada di pasaran bila saya betul-betul dah nak bersalin nanti. InsyaAllah, bulan depan juga saya akan buka studio saya sendiri,

sumber : gua,com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Ning Baizura Hamil 5 Bulan”

  1. akubiomed says:

    Berita gembira buat pasangan Ning Baizura. Akhirnya bakal menimang cahaya mata sulung.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Tercabut

  2. iAwani says:

    kagum dengan Ning. Walaupun sering berjauhan dengan suami dan sudah lama menanti anak, kesabarannya sungguh tinggi.
    iAwani recently posted..Maghfirah Smart Pen Pembaca Al-Quran Dengan Terjemahan Audio Melayu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold