Malam Kemuncak Anugerah Blokbuster di Astro Ria

Malam Kemuncak Anugerah Blokbuster 2011 akan ditayangkan di Astro Ria pada 6 Oktober ini, jam 9 malam. Sekarang undian masih lagi dibuka untuk para peminat memilih siapa yang disukai di laman rasmi Anugerah Blokbuster . Antara Kategori yang bakal disampaikan pada malam kemuncak itu ialah  :

 

1.        Anugerah Filem Terhebat

2.       Anugerah Tuan Direktor Terhebat

3.       Anugerah Direktor Baru Terhebat

4.       Anugerah Aksi Kelakar Terhebat

5.       Anugerah Filem Kelakar Terhebat

6.       Anugerah Filem Takut Terhebat

7.       Anugerah Drama Musikal Terhebat

8.       Anugerah Hero Terhebat

9.       Anugerah Heroin Terhebat

10.   Anugerah Watak Penyangak Terhebat

11.   Anugerah Lagu Tema Terhebat

12.   Anugerah Hero Baru Terhebat

13.   Anugerah Heroin Baru Terhebat.

Paling dinantikan ialah anugerah Hero Terhebat dan Heroin Terhebat Blokbuster 2011.

Sekarang ini dilihat  jumlah undian bagi Hero Terhebat  diungguli oleh Aaron Aziz (Ombak Rindu) dan yang bersaing rapat ialah Zizan (Hantu Bonceng) ,Shaheizy Sam nampaknya sudah jauh ketinggalan.

Masa masih panjang lagi jika anda peminat Zizan cepat cepat undi :)

Bagi kategori Heroin Terhebat, artis kesayangan Malaysia, Lisa Surihani , undian untuk Lisa (Sekali Lagi) telah jauh meninggalkan Maya Karin (Ombak Rindu). Nampaknya dah boleh agak ni siapa hero dan heroin terhebat pilihan ramai.

Bagi kategori Filem Aksi Terhebat pulak, KL gangster nampaknya mendapat undian tinggi setakat ni.

 

 

Siapa pilihan anda sila pilih sebelum 6 Oktober .

Undian secara SMS dan secara ONLINE bermula pada 19 September 2012, jam 12 tengahari sehingga 6 Oktober 2012, jam 6 petang. Untuk menentukan pemenang bagi setiap ketegori, undian akan dikira berdasarkan 50% undian secara ONLINE dan 50% lagi undian secara SMS.

Siapa hos Anugerah Blokbuster

Acara dihoskan oleh gandingan trio pengacara Zizan Razak, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki. Mereka bertiga akan membuat persembahan istimewa bersama kumpulan One Nation Emcess .

Karpet merah malam Anugerah Blokbuster  dihoskan oleh Scha Alyahya, Thanuja, Hanif Era FM dan Hafizul On Air.

Sama sama nantikan keputusan Anugerah Blokbuster 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Malam Kemuncak Anugerah Blokbuster di Astro Ria”

  1. akubiomed says:

    Wah Astro pun ada menganjurkan acara bagi mengiktiraf anak seni tempatan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Tanya sama pokok

  2. tak sabar nak tunggu award ni
    contoh surat berhenti kerja recently posted..Faktor – Faktor Berhenti Kerja

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold