Jawapan Mizz Nina Isu Persembahannya Dengan Penaja Minuman Keras

Kedua dua penyanyi Mizz Nina dan juga Ning Baizura diminta mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk membuat persembahan dengan sebuah syarikat minuman keras. Persembahan itu dijangka diadakan pada penghujung bulan ini dan poster promosi telah diedarkan. Beberapa blog mempertikaikan dan tidak bersetuju dengan tindakan 2 artis berkenaan yang bakal membuat persembahan itu.

Apa kata Mizz Nina mengenai isu ini

melalui laman web hiburan murai.com.my ternyata penyanyi Mizz Nina tidak peka dengan kritikan dan nasihat yang ditujukan kepada beliau mengenai isu membuat persembahan dengan penaja minuman keras berkenaan,

penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.

“Persembahan yang akam berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,

 

“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,”

*********************

Orang menegur untuk kebaikan, bukan nak menutup periuk nasi atau apa apa sebab lain, kedua dua penyanyi sudah popular, peminat sayang mereka sebab itu ada yang prihatin menasihati mereka. Mungkin tahun sebelumnya orang tak perasan keterlibatan mereka, apabila dah sedar ni, masih belum terlambat untuk mencegahnya.

Harap harap kedua mereka bertukar fikiran cepat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Jawapan Mizz Nina Isu Persembahannya Dengan Penaja Minuman Keras”

  1. akubiomed says:

    Kalau boleh dielakkan melibatkan diri aktiviti yang boleh menimbulkan keraguan walaupun tidak ada niat melakukannya.

  2. zik says:

    ning baizura sudah pun menarik diri…
    zik recently posted..Pencipta twitter, Jack Dorsey

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold