Isteri Sham Kamikaze Mohon Cerai

Melalui laporan mstar online, isteri bekas pemuzik Sham Kamikaze telah menfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos 2012. Farazila Abdul JabarĀ  31, dan Sham telah berkahwin pada tahun 2008 di Batu Pahat Johor.

Ketika ditemui pihak media, isteri Sham memberitahu, perkahwinan mereka tidak bahagia dan menemui jalan buntu sejak 3 tahun lalu.

 

“Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.

“Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini,”

Benarkah Sham berkahwin kali kedua dan adakah itu menjadi punca masalah mereka? Sham kamikaze tidak mengaku berkahwin lagi satu. Sham pernah digosipkan berkahwin lain tetapi beliau menafikan berita yang tersebar tersebut.

“Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.

“Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya,”

 

“Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan.

“Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya.

“Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini,”

Apa komen Sham Kamikaze

di Facebooknya, beliau berharap orang sekeliling berhenti membuat spekulasi mengenai hal rumahtangganya dan beliau sendiri akan memberikan penjelasan apabila tiba masa sesuai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Isteri Sham Kamikaze Mohon Cerai”

  1. dloanmb says:

    lawanya isterin sham kamikaze ni, slim cute..isteri lawa pun terabai kesiann

  2. jlee says:

    kenapa nk cerai, Ada jalan keluar lagi.berbincanglah, kerana semuanya ada penyelesaianya

  3. vmala says:

    semoga dpt diselesaikan cara baik, apa apa pun, wife dia memang cute

  4. johnjane says:

    betulkan diri dan tanggungjawab pd keluarga ptt diutamakan sebelum berdakwah..ada kala orang berdakwah sampai lupa anak bini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold