Gambar Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei

Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 32 dinikahkan dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini, 29,  di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Dengan satu lafaz sahaja Pengiran Haji Muhammad Ruzaini kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah di dalam masjlis akad nikah yang dilangsungkan pada 19 September 2012

 

Pada waktu malamnya pula, majlis resepsi diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawan yang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri.

Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 32 tahun,  ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzaini pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri.

Sultan Brunei mempunyai 12 orang anak, lima anak lelaki dan tujuh perempuan, tiga daripada perkahwinan baginda, dan perkahwinan itu adalah yang pertama melibatkan salah seorang daripada anak-anak sultan sejak tahun 2007.

Semoga mereka dipanjangkan jodoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei”

  1. iAwani says:

    bertuahnya lelaki itu :) Moga jodoh mereka di panjangkan. amin..
    iAwani recently posted..Maghfirah Smart Pen Pembaca Al-Quran Dengan Terjemahan Audio Melayu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold