Pelakon Juvana Izreen Azminda dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 Ogos lalu di Alor Setar telah memilih tema melayu dan inggeris untuk persandingan mereka.
Persandingan Izreen diadakan 31 Ogos di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), City Alor Setar , Kedah pada 31 Ogos lalu.
Gambar persandingan Izreen Azminda dan Riza



Izreen memakai busana moden dan ringkas dengan rona champagne, mempelai meyakini rekaan Azura Couture untuk digayakan pada majlis resepsi yang dihadiri oleh 800 orang tetamu itu.

Pasangan ini telah menerima persembahan daripada rakan baik mereka iaitu Awi Rafael yang mendendangkan lagu Bila Aku Jatuh Cinta dan lagu Destiny daripada Marsha Milan Londoh sebagai hadiah perkahwinan mereka.
September 4th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 
