Gambar + Koleksi Kasut dan Baju Imelda Marcos Rosak

Pasangan Presiden Ferdinand Marcos dan Imelda Marcos meninggalkan Filipina ketika kemuncak kebangkitan ‘kuasa rakyat’ disokong tentera yang menjadi contoh bagi negara lain di seluruh dunia untuk menolak pemerintahan kuku besi. Marcos mati ketika dalam buangan di Hawaii pada  1989. Isterinya Imelda wanita pertama Filipina

banyak menyimpan koleksi barangan peribadi dan pakaian di istana termasuk sekurang-kurangnya 1,220 pasang kasut.

Tapi semua mula koleksinya itu sudah rosak selepas disimpan bertahun-tahun tanpa sebarang perlindungan di istana presiden dan kemudian ditempatkan di Muzium Kebangsaan Manila. Ada juga barangan peribadi Imelda yang rosak akibat hujan ribut yang melanda bulan lalu.

Gambar sebahagian koleksi barang peribadi Imelda yang rosak

 

 

 

laporan Berita Harian

Lebih 150 kotak pakaian, aksesori pakaian dan kasut pasangan Marcos dipindahkan ke Muzium Kebangsaan untuk simpanan kira-kira dua tahun lalu selepas anai-anai, keadaan cuaca dan kesan kulat merosakkan pakaian di istana tepi sungai itu.
Di muzium, keadaan menjadi lebih teruk apabila barangan yang tersimpan dalam kotak dibiarkan di dewan muzium berkunci yang tidak mempunyai kemudahan perlindungan daripada kesan kerosakan dan diburukkan lagi selepas siling bocor kerana hujan ribut bulan lalu, kata pegawai muzium.

Kakitangan muzium yang tidak mengetahui kotak terbabit ada barangan berharga milik pasangan Marcos hanya membuka dewan di tingkat empat bangunan itu selepas menyedari air masuk menerusi pintu. Mereka terkejut melihat kasut dan gaun milik Imelda apabila membuka kebanyakan kotak yang sudah basah.

Semua kotak itu kemudian dialihkan ke bilik mengering manakala yang lain dibawa ke makmal muzium dengan sepasukan kecil ahli kurator cuba menilai kerosakan., satu jumlah yang akan mengambil masa berbulan membabitkan sejumlah besar pakaian.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gambar + Koleksi Kasut dan Baju Imelda Marcos Rosak”

  1. akubiomed says:

    Imelda isteri kepada Marcos bekas presiden Filipina memang terkenal mempunyai koleksi kasut yang banyak. Beliau sendiri adalah bekas ratu cantik.
    akubiomed recently posted..Selamat Hari Lahir Abang Koning

  2. mesti berjuta-juta segala aksesori tu kan?
    contoh surat berhenti kerja recently posted..Blog Contoh Surat Berhenti Kerja

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold