Gambar 24 Peserta MasterChef Malaysia Musim Ke 2

MasterChef Malaysia musim ke 2 telah kembali selepas mencipta fenomena tersendiri.  Dengan sambutan hebat pada musim pertama  kini diteruskan lagi untuk musim kedua. Sesi ujibakat telahpun bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) sejak 8 September lalu. Siapakah 24 peserta terbaik yang layak ke pusingan seterusnya sekaligus berpeluang merebut gelaran Juara MasterChef Malaysia kedua?

Antara 24 peserta yang telah berjaya terpilih ialah

1.Ag Matzleinsah Addy b. Aharun -Addy, 24 (Sabah) ,Pemain Futsal

2. Ikha (Sabah)21, Pembantu kedai telefon

3. Mohd Adlyzan bin Zainal – Adly (Pahang) ,28

4. Etiqah Siti Norashikeen  – Etiqa, 24,  Sabah , Lepasan Universiti

5. Hamdu Joharis bin Othman – Joharis, 29 (Pulau Pinang ),

6. Kasilah binti Paeng – Che lah, 40 (Johor) Penasihat Kecantikan , 

7. Mohamad Ismail b. Amir – Cikgu Ismail, 29 (Pulau Pinang) ,

8. Ahmad Nuruddin b. Md Rasid- Dean, 24  (Kedah)Pengusaha Homestay,

9. Nur Shahida Wahab – Shahida , 28 (Selangor),Doktor

10. Nora Ashikin bt Abd Basi – Nora,26 , Pahang , Pegawai Sukan

11. Hafiz, 28, (Perak) Peramugara

12 Rosemah Ibrahim , 49 (N. Sembilan),

13. Ngui Yeang Hong – Ah hong , 29 (Sarawak) , Arkitek

14. Mohamad Fizuan Syahnaz -  Fizuan,19

15. Wan Nur Eda- Eida, Pelajar Kejururawatan

16. Wan Ilaika bt Mohd Zakaria – Ilaika, 23, Pelajar Kewartawanan
17. Nurul Shazlina bt Mohd Sharif- Nina ,  31

18. Telson ,26

19. Muhammad Khairul Ammar bin Jasn-  Ammar,22 (Sabah )Pelajar Penerbangan, 

20. Nur Atiqah bt Anuar – Atiqah23, (KL) ,

21 . Muhd Fazrul Nizam Anaz Anizan- Along,18, Pelajar Pentadbiran Awam

22. Faizatul Azni bt Muridan – Azni, 25, Penganalisis Kewangan

23. Lokman Nul Hakim Akem,18, Pulau Pinang, Peniaga

24. Izyan Hani 25,

 

 

 

Antara peserta Masterchef  musim 2

Ilaika – kelahiran Selangor ini bercita-cita mahu menjadi wartawan suatu hari nanti. Wan Ilaika bt Mohd Zakaria atau lebih senang dipanggil Ilaika meminati sukan bolasepak dan Liverpool merupakan pasukan kegemaran beliau. Mempunyai karektor yang pendiam tetapi cerdik, gadis ini tidak kisah dengan pandangan orang ramai tentang dirinya.

Ilaika terus menanam harapan untuk menyerlah dalam bidang masakan. Menggambarkan dirinya sebagi seorang yang kuat makan, dia sangat menggemari ayam dan tidak kisah jika hari-hari dipaksa makan ayam.
Selain itu, Ilaika gemar bermain gitar pada masa lapang. Memilik personaliti yang menarik dan ceria.

 

Nina

Nurul Shazlina atau juga dikenali Nina, berusia 31 tahun dan berasal dari Jitra, Kedah. Beliau kini bekerja sendiri dan bercita-cita untuk menjadi seorang pakar motivasi dan chef terkenal satu hari nanti.

Nina meminati bidang kulinari sejak kecil, malah mula membuat dan menjual biskut raya ketika beliau di bangku sekolah lagi.

Orangnya nampak pendiam, pemalu dan amat mudah menitiskan air mata terutamanya apabila bercerita tentang anaknya yang berusia 11 bulan.

 

Izyan

Izyan Hani atau lebih dikenali sebagai Izyan merupakan seorang graduan dalam bidang sains dari Universiti di Kanada. Beliau seorang yang ceria suka berkayak, menulis lagu dan juga pernah bekerja di pelantar minyak. Antara masakan kegemarannya adalah mac and cheese with chicken.

Etiqa
Etiqah Siti Noorashikeen atau lebih dikenali sebagai Etiqah, berusia 24 tahun dan berasal dari Kota Kinabalu Sabah. Beliau merupakan seorang lepasan graduan dalam bidang Geologi dari Universiti Malaysia Sabah dan mempunyai pengalaman bekerja di pelantar minyak selama beberapa bulan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Walaupun bijak dari segi akademik, Etiqah juga berminat dengan pelbagai aktiviti lain seperti memasak, berkaraoke dan juga menunggang ATV. Jika dilihat dari segi luaran, Etiqah boleh dikatakan sebagai seorang gadis yang cantik dan lemah lembut.

Hafiz

Hafiz Bukhari atau lebih dikenali sebagai Hafiz berusia 28 tahun dan kini bekerja sebagai seorang Pramugara di Malaysia Airlines. Beliau yang berasal dari Perak ini mula belajar memasak ketika berusia 12 tahun dari ibunya.

Walaupun telah menjelajah ke seluruh dunia tetapi Hafiz amat mahir dalam masakan tradisional melayu terutamannya masak lemak cili api.

 

Eida

Eida
Wan Nur Eda atau Eda berdarah kacukan siam, cina dan anak mami. Beliau berusia 24 tahun dan merupakan graduan dalam bidang kejururawatan dari sebuah kolej. Eda belajar memasak dari ibunya yang merupakan seorang peniaga makanan.

Beliau sendiri gemar dan mahir memasak masakan melayu dan cina. Walaupun memiliki ciri fizikal yang unik dari orang lain, namun Eda tetap mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak mahu orang ramai untuk menilainya dari segi luaran sahaja.

 

Artikel  lain: Masterchef Malaysia musim 2 banyak mulut longkang dan drama

Juri

Juri juri yang akan mengadili masakan para peserta ialah  Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran. Tiga orang chef ini  berpengalaman dalam penyedian makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Peserta bakal memenangi wang tunai RM100,000 dan berpeluang untuk tampil di pelbagai program yang akan diaturkan pihak Astro kelak.

Saksikan setiap Sabtu hingga Khamis jam 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Gambar 24 Peserta MasterChef Malaysia Musim Ke 2”

  1. yas says:

    Kdg2 yas pun layan juga rancangan ni…seronok tgk karenah peserta….:D
    yas recently posted..TENANGKAN HIDUP DENGAN TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB

  2. iAwani says:

    memula saya tak ikuti sangat perkembangan Master Chef tapi selepas Dr Fazley jadi juara Master Chef selebriti saya pula seronok tengok. Biasanya saya tidak tengok tv.
    iAwani recently posted..Maghfirah Smart Pen Pembaca Al-Quran Dengan Terjemahan Audio Melayu

  3. akubiomed says:

    Cabaran baru Master Chef musim ke 2 telah bermula dengan drama baru. :-)
    akubiomed recently posted..Tiket percuma LegoLand Malaysia dari Dutch Lady

  4. Amirez says:

    seronok tengok peserta2 kali ni. ada banyak drama. nama Che Lah pun dah naik sekarang ni hehe
    Amirez recently posted..Vanidah Imran & Rashidi Ishak Bercerai

  5. prince says:

    malam td tengok ilaika dah terkeluar. patah selera aku nak tengok master chef 2. aku memang minaat sangat nengok muka ilaika tu..nampak mcm cool jer…

    to ilaika if u happen to read this .. pls advise how contac u.

  6. mimi says:

    cikgu ismail layak jadi master Chef

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold