Fasha Sandha Mengandung Jejai Yang Mengidam

Fasha Sandha yang kini berada dalam 3 bulan pertama kehamilannya mengakui dia tidak mengidam makanan pelik pelik tetapi suaminya Jejai yang mengidam lebih teruk. Walaupun begitu seperti wanita hamil yang lain Fasha mengakui dia ada alami alahan yang agak teruk seperti muntah muntah terutama ketika menggunakan ubat gigi.

Fasha tidak tahan bau ubat gigi

“Saya tiada pula mengidam apa-apa tetapi yang kelakarnya suami saya pula yang mengidam lebih. Dia mengidam hendak makan macam-macam sejak saya hamil ini. Namun begitu, saya kini mengalami morning sickness yang sangat teruk. Malah, sangat alah dengan bau dan rasa ubat gigi. Jadi, setiap kali gosok gigi saya akan muntah.

“Namun, ia tidak bermakna saya tidak menggosok gigi, cuma kena tahan sahajalah dengan baunya,”4

cerita Fasha lagi

“Sejak hamil , saya dah mula rasa mengah dan penat walaupun hanya bergerak sedikit. Manakala, waktu tengah hari pula saya akan mula rasa mengantuk dan hendak tidur sahaja bila di rumah,” ulasnya yang masih merahsiakan usia sebenar kandungannya.

Meskipun hamil, Fasha berkata dia tetap akan meneruskan kerjaya seninya serta sibuk dengan perniagaan salunnya, Chinta yang terletak di Wangsa Maju.

“Saya rasa saya tidak boleh berehat lama kerana saya memang seorang yang kuat kerja. Malah, ketika di awal kehamilan saya ini, saya baru sahaja habis menjalani penggambaran Runtun Qalbu.

“Saya terima tawaran drama terbitan Ahmad Idham iaitu Excellent Pictures masa itu kerana saya sangat tertarik dengan jalan cerita dan skripnya. Namun sekarang saya sedang cuba berehat seketika daripada lakonan tetapi masih aktif ke salun untuk menguruskannya serba sedikit yang perlu.

“Walau bagaimana pun, Insya Allah saya akan kembali ke set untuk sebuah drama bersiri TV3 pada November ini . Lagipun saya tidak boleh tinggalkan lama dunia lakonan kerana akan rindukan set penggambaran,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Fasha Sandha Mengandung Jejai Yang Mengidam”

  1. akubiomed says:

    Menarik mendengar cerita pengalaman ketika mengandung.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold