Farid Kamil dan Diana Danielle Bertunang 1 Tahun

Dalam diam diam,pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil sudah pun bertunang pada Ahad lepas. Setelah 3 tahun menjalinkan hubungan cinta mereka ditunangkan di rumah Diana di Damansara. Berita Harian melaporkan Farid memberikan sebentuk cincin tanda kepada Diana dan majlis hanya dibuat secara kecil kecillan tanpa mengundang pihak media.

Menurut ibu kepada Diana, tempoh bertunang adalah 1 tahun namun belum memutuskan bila tarikh perkahwinan pasangan berkenaan.

berita lanjut

Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan dia bersyukur kerana semua perancangan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain melihat anak saya bahagia. Harap-harap pertunangan ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,”katanya.

Ibu kepada Diana Danielle itu juga menambah, dia tiada niat untuk menyembunyikan atau merahsiakan perkara ini . Semuanya demi memenuhi permintaan yang dibuat oleh anak dan bakal menantunya itu.

“Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, semua itu kehendak Farid dan Diana. Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan sahaja, kami pun buat seringkas yang boleh,”ujarnya.

Majlis yang dikhabarkan telah dirancang sebulan yang lalu itu menyaksikan Diana menyarungkan baju kurung corak songket pancawarna dan dirias oleh jurusolek Chot.

Dia telah menerima tiga dulang hantaran mengandungi senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut daripada pihak lelaki dan membalasnya dengan lima dulang.

 

sumber murai.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Farid Kamil dan Diana Danielle Bertunang 1 Tahun”

  1. akubiomed says:

    Berita yang mengejutkan. Tanniah kepada Farid Kamil dan Diana. :-)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold