Entri Untungnya Jadi Cikgu Kini Hangat Kembali

Melihat lihat status facebook dan newsfeed, tetiba Nuriz nampak  macam dah makin banyak pula entri pasal ‘Untungnya Jadi Cikgu‘. Entri pula ditulis oleh kebanyakan blogger yang kebanyakan arif tentang kerja sebagai cikgu, dan mereka tentunya cikgu. Entri itu yang ditujukan khas buat seorang blogger yang sebelum tu telah menulis tentang ketidakpuasan hatinya terhadap guru. Blog

luvlylya sudah diremove mungkin sebab blog tu kena hentam hebat sebab mengecam cikgu,  cikgu2 yang sudah berkecil hati dengan tulisannya yang terang terang menyindir dan memberi padangan peribadi yang agak kureng tepat  mengenai profession perguruan.

Entri menghentam cikgu itu ditulis pada tarikh 28 NOvember 2011, tetapi apabila dishare di facebook seolah olah jadi macam baru semula.

Kalau nak tau kenapa banyak entri yang menghentam blog berkenaan hingga terpaksa tuan blog meremovekan blognya

baca sini  …  Untungnya laa sape jadi cikgu

 

Profesion apa pun semuanya ada susah dan senang, jadi janganlah kita rasa tidak adil atau menghentam profesion lain, janji kita ikhlas bekerja dan tidak curi tulang. Kalau bekerja dengan muka masam hati tak ikhlas apa kerja sekali pun akan rasa tak puas hati jugak.

Guru umpama pelita yang menerangi kegelapan..terima kasih cikgu..saya masih ingat cikgu saya  semasa darjah satu :)

Antara entri yang agak menarik dari facebook respon kepada blog yang menghentam guru..

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Entri Untungnya Jadi Cikgu Kini Hangat Kembali”

  1. cikgu disiplin says:

    bercakap memang lah senang, budak yang tulis pasal cikgu ni suka suka hati dia saja tanpa berfikir dahulu.

  2. ainzzdy says:

    Cuba bagi dia pulak jadi cikgu ,
    tengok senang ke tak senang lenang dia nak jadi cikgu!!?

  3. cikgu berdikari says:

    Memang geram betul lah kat budak ni, nak menulis pun atau nak komen memang hak peribadi kamu, tapi jangan nak hentam tanpa ada bukti , memang patutla kena hentam balik.

  4. tanpa nama says:

    main suka saja mengata orang pastu remove blog pulak, takut ke

  5. Fauzi Blues says:

    Tanggungjawab guru sgt berat..komitmen mesti mau tggi..mmg kesian tgk cikgu2..kdg2 tu mmg skit terasa bila dpt tau anak2 kena hukum..tapi itu semua pengajaran dlm usaha memastikan anak2 jd org yg baik dan berguna.. takoe..xde hal.. kita dulu pun hadapi benda yg sama… cuma harap pihak berwajib pertimbangkan segala aktiviti yg terpaksa dihadiri oleh cikgu2 ni..jgn dibebankan sgt.. sbb cikgu pun dah seharian bagi komitmen…saya x pasti apa yg dihadapi cikgu zaman dulu..cuma saya perasan cikgu2 sekarang ni seakan terlalu dibebankan dgn pelbagai aktiviti dan tanggungjawab selain dari mengajar dan mendidik.. Mana dgn KPI nya lagi… harap perkara ni dinilai semula oleh pihak yg terlibat… ops!! Saya bukan cikgu ye…cuma skit concern pasal ni…sgt menghargai jasa semua pendidik diseluruh dunia…tak kira la berjawatan cikgu atau bukan… ibu bapa juga pendidik bukan?..
    Fauzi Blues recently posted..Tak Standard Dating Naik Motor.

  6. anak cikgu says:

    Saya yang anak cikgu nie klu da pluang untuk jd cikgu pun x brani nak jadi cikgu. Amanah dan tanggungjawab s’org cikgu bkn ye senang. Ye saya x nafikan bila pelajar cuti sekolah, cikgu pun turut sama cuti sekolah. Tapi bila balik kampung, mak ayah saya turut bawa semua kerja-kerja/kertas-kertas ujian pelajar-pelajar mereka untuk disemak kat kampung. Atuk dan nenek yang bawa kami berjalan sekitar kampung. Mak ayah? Sibuk menyemak kertas kertas pelajar yang kena siap sebelum cuti sekolah tamat. Seorang engineer yang sepatutnya mempunyai akal fikiran yang tinggi berfikiran dan mengeluarkan pendapat peribadi seperti itu adalah amat memalukan! Jika mahu popular, bukan ini caranya.

  7. syahrilhafiz says:

    yang tak boleh belahnya jugak.. bukan pasal entri tu je annoying. segala entri semua berlagak nak mampus minah tu…jenis manusia tak reti bersyukur.. sakit hati gak membaca. dah menulis tutup blog. lulz typical meleis sungguh…
    syahrilhafiz recently posted..(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold