Nama Emma Maembong artis baru yang semakin dikenali ramai sejak Erma Fatima bawa dia masuk berlakon dalam Kau Yang Terindah tu. Wajah yang comel ayu lemah lembut ala ala kacukan, memang dia kacukan pun. Di Facebook Emma Maembong dah tulis mengenai latar belakangnya, dia memang kacukan melayu dan Scotland. Boleh lah bersaing dengan Siti Saleha pasni..tengok siapa berlakon lagi mantap
Gambar panas Emma Maembong dan kekasih tersebar

tapi sekarang bukan saja dari lakonan watak Munirah dah orang kenali, nampaknya, gambar peribadi Emma Maembong yang panas bersama kekasih hatinya pun dan mulai tersebar merata-rata..ala ala Siti saleha jugak lah..emm
apa jawapan Emma Maembong nanti apabila orang bertanyakan tentang gambar gambar panas dia dan kekasihnya yang bernama Adli tu, mesti Emma ada jawapan yang mantap jugak untuk peminat peminat yang dah mulai suka Emma yang comel lote ni.
Lepas ni nama Emma makin melonjak lah, tak lama lagi dia akan muncul dalam drama baru Rindu Rania yang dalam pengambaran (24 episod). Kali ini Emma diberi watak utama sebagai Rania berlakon bersama Zack X-Factor, Elly Mazlein dan Erry Putra.
GAMBAR LUKISAN EMMA MAEMBONG klik sini
Adik beradik Emma- Bakri Flop Poppy abang Emma, Chacha Maembong (adik)
Nama asal : Fatimah Rohani Ismail
Lahir 22 Mac 1992
Kerjaya : model, pelakon , pelukis di Maembong’s Art Gallery
Minat melukis sejak seusia 3 tahun.
Emma pernah menangis kerana dituduh seksi
“Pernah saya dicemuh kerana berpakaian seksi dan ramai menyifatkan saya gadis yang sosial. Ya, saya akui saya pernah terkena kejutan budaya ketika usia 16 tahun tapi semua gambar seksi yang dimaksudkan itu adalah gambar-gambar lama. Saya juga tidak pernah ke kelab kerana saya antitempat ramai orang.
“Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang dan tersinggung dan mohon agar tidak dibangkitkan sejarah silam,” pinta Emma merendah diri.
Emma menjelaskan dia tidak mahu dilabel seorang gadis liar yang gemar berpakaian seksi kerana hakikat sebenar dia anak manja ayahnya.
“Selepas ibu dan ayah saya bercerai, saya tinggal dengan ayah dan tidak pernah berjauhan dengan dia. Saya akui saya anak kesayangan dia dan dia segalanya bagi saya.
“Sejak tingkatan satu saya diberi homeschool (belajar di rumah) dan tidak akan berenggang daripada ayah sampai sekarang,”
Emma bercerita perihal namanya yang unik, dari mana nama Emma Maembong tu?
Salam.byk yg tanya maembong tu apa.bukan nama glamor or apa2. Ni nama ayah ema, nama dia ismail bin embong dia sorg pelukis.setiap karya lukisan dia. Dia akan letak nama dia and ayah dia (tokki sy) cantung kan jadi maembong. Name sy plk fatimah rohani ismail. Tp byk kwn2 pggl emma. So jadi la emma maembong. Nama sy dan ayah sy.
dr FB Emma
Kalau orang yang rapat dengan saya biasanya menyapa saya Timah, yang baru kenal panggil saya Emma. Nama Emma itu singkatan Timah kalau disebut banyak kali dan laju-laju. “Maembong pula gabungan nama ayah saya, Ismail dan datuk saya Embong. Itu nama pena dia sepanjang berkarya sebagai pelukis negara,”
dari Kosmo
kesian kat Timah ni tau, baru nak naik ada pulak kontroversi, mungkin gambar lama jugak kot masa cinta monyet dulu2 kat sekolah kan…begitulah jadi artis kena tahan kalau ada kontroversi, tapi kalau takda buat apa nak takut.
Emma dan bapanya
Antara artikel mengenai bapa Emma Ismail Embong , Pelukis Negara
Mengimbas perjalanan seninya, beliau yang menerima pendidikan di Kolej Seni dan Rekaan, England dalam bidang seni bina pada awal 1970 hanya mula bergiat secara aktif dalam dunia lukisan pada pertengahan 1980-an.
Selepas menamatkan pengajian, beliau mulanya berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) pada 1982, namun beliau mengambil keputusan menamatkan khidmatnya untuk mengabdikan diri dalam dunia lukisan.
Pada awal kariernya sebagai pelukis, Ismail melalui ranjau seni yang berliku, apatah lagi ketika itu beliau terpaksa menyara keluarga besar.
Ismail yang berkahwin dengan wanita berbangsa Inggeris, Yatimah Zainab dikurniakan 11 anak, dan sudah tentu tanggungjawab beliau terhadap keluarganya sangat besar.
“Selepas berhenti kerja dan tekad menjadi pelukis, saya tidak pandang ke belakang lagi. Rezeki ada di mana-mana.
“Saya percaya, meskipun terpaksa menanggung keluarga besar, ia bukan penghalang untuk saya terus berkarya dengan pendapatan yang tidak menentu,” katanya.
Ismail kini berpisah dengan isterinya, namun hubungan dengan anaknya masih rapat, malah seorang anaknya, Fatimah Rohani, 20, mengikut jejak beliau bergelar pelukis.
Sebelum ini, beliau pernah bergandingan dengan dua lagi anaknya, Nurul Aini, 22, dan Siti Aisyah, 15, bersama Fatimah menghasilkan Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak: Raja-raja, Kerajaan, Rakyat.
Dalam satu pameran koleksi lukisannya pada 1999, beliau turut mempamerkan hasil lukisan enam anaknya ketika itu.
Fatimah paling aktif melukis ketika ini dan kebanyakan karya seninya dihasilkan dengan motif busana Melayu.
“Ema (Fatimah) paling suka bersama saya ketika melukis. Ketika usianya baru tiga tahun, dia sudah pandai melukis.
“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Saya gembira sebab Ema bagaikan kesinambungan diri saya dalam dunia lukisan, walaupun karya berbeza,” katanya.
Ismail berkata, semuanya anaknya tidak asing dengan dunia seni kerana selama membesar mereka ‘terdidik’ mengenali apa itu seni melalui kariernya sebagai pelukis.
“Sebilangan anak saya aktif dengan dunia seni, tidak semuanya sebagai pelukis tapi dalam bidang seni lain.
“Ada anak saya bergerak dalam seni drama dan filem serta bidang lakonan. Saya bangga dengan mereka, semua anak saya,” katanya.
Mengenai kelangsungan kariernya, setakat ini Ismail hanya mahu menumpukan usaha menghasilkan karya terbaru yang dirancangkannya, Hikayat Hang Tuah.
“Usaha ini belum bermula, tetapi saya membuat kajian lanjut mengenainya sejak sekian lama.
“Bergerak solo memudahkan saya untuk berkarya, tetapi saya hanya mahu hasilkan karya yang betul-betul bermakna di penghujung hidup saya,” katanya.
Sepanjang berkarya, beliau menghasilkan lebih 200 karya dan semuanya berkisar mengenai sejarah dan identiti Melayu. Beliau juga menghasilkan lukisan bermotifkan politik.
PROFIL
NAMA: Ismail Embong
UMUR: 64 tahun
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
KARIER: Pelukis dan pakar rujuk seni negara
PENDIDIKAN: Kolej Seni dan Rekaan di England dalam bidang seni bina
KARYA TERKENAL: Sulalatus Salatin: Empayar Kesultanan Melayu Melaka
ANAK: 11 orang
September 20th, 2012
Nuriz Ibrahim 
Posted in
Tags: 

Tidak dinafikan ayu wajahnya.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Tercabut
Jawapan selamat artis bila dah kantoi gambar dengan boifren..dulu saya tak matang ..tu cerita lama, saya dah insaf skrg..ahahaha!!
buka buku baru tutup buku lama
harap harap tak berlakon kayu macam siti saleha tu dah la, harap muka je lawa
mcm mael lambong je nama bapa dia. Oh emma mahukan kau jadi kekasih hati ku ..cair nye aku
haha! sakan si maelambong ni.
tapi dalam drama tu, memang dia berlakon lagi best drpd Neelofa…
tips recently posted..WW16: Basikal Naik Volkswagen
dia anak kacukan rupanya! patutlah wajahnya pun ada iras-iras Inggeris.
iAwani recently posted..Maghfirah Smart Pen Pembaca Al-Quran Dengan Terjemahan Audio Melayu